NAK SAMBUT TETAMU OK TAPI JANGAN OVER

 



Adakah beliau di Mahgribi dilayan sebegitu rupa?

NAK SAMBUT TETAMU OK TAPI JANGAN OVER

Hari ini bukan main ramai komen tentang Maula Muhammad Amin. Saya dah komen di awal kedatangannya malah di Live Tik Tok Kaka (les isu Madrasah) minggu lepas pun saya ada berbuat demikian tentang isu taksub.

Komen saya ia bukan soal isu keturunan atau tidak. Jika sekadar ahlul bait beribu di Malaysia keturunan ahlul bait dari keturunan Syed, Sayyid dan sebagainya. Bezanya tak cukup hensem dan ramai pandai cakap bahasa Inggeris tapi tak pandai bahasa Arab.

Pernah dgr org kata bergurau kalau nak kahwin biar dgn org Arab. Kalau bergaduh bapa ingat menantu dia tengah berdoa. Sebab itu bila org sebut Innalilah kena marah… ‘ Eh dia belum mati lagi la’ Description: 🤣

Jadi saya mencari di mana keistimewaan lelaki kacak ini? Adakah dia seorang ulama yg tinggi ilmunya hingga ramai mencium dan sampai mengupas kulit udangnya?

Kalau komen kaum wanita di FB dan Tik Tok dah mcm Zulaikha zaman Nabi Yusuf. Bila ada netizen bertanya kenapa Maula kontrol hensem dgn sunglassesnya… fuh apa jawapan… ‘utk mengawal panahan mata dari godaan.’ Aduh… itu memang style org kita. Kalau tak boleh jawab dgn hujah akhirnya mereka berkata inilah fitnah akhir zaman.

Saya mencari2 apa Kitab hadis mana yg dihujahkan oelh Maula utk saya mengkagumi ilmunya…ada Ustaz kata satu hadis yg disampaikan hadis tak sahih atau palsu.

Saya boleh terima jika dia hadir sebagai tetamu. Cuma tak perlulah over sgt mcm menyambut Ulama2 besar atau Imam Mahdi.

Cuma satu sahaja saya perasan dan agak pelik. Semalam saya ada menonton klip video yg disend oleh Maula yg sudah tiba di kampung halamannya.

Jika di sini ramai yg ambil video, selfie dan bergambar dgnnya… di sana dia selfie sendiri video rakamannya berseorangan. Org kuat dia kata maaf gambarnya tak elok sebab Maula pakai HP murahDescription: 😀

Takkan org Mahgiribi tak mahu muliakan dia sepertimana Lebai2 dan Ustajah di Malaysia raikan? Cuba cari Youtube mana2 pentas agama dia mengajar bab hukum atau hadis tapi tiada.

Sebab di Malaysia dia hanya ceritakan mengenai keturunannya. Jika saya hafal 38 nama itu adakah saya juga boleh diterima sebagai Ahlul Bait? Tak mengapalah isu itu tak penting yg penting pada pandangan Tuhan ketakwaan kita.

Mail XPDC, Dato Jojo dan Syed Saddiq itu keturunan ahlul bait. Bezanya mereka tak pandai bahasa Arab.