MENJELANG PRU15, ANWAR TERUS DIFITNAH !!

 

MENJELANG PRU15, ANWAR TERUS DIFITNAH !!









Diviralkan kononnya Anwar Ibrahim pernah menuntut elaun jutaan ringgit dari kerajaan negeri Selangor sewaktu beliau menjadi Penasihat Ekonomi Selangor di era Tan Seri Khalid Ibrahim. Hakikatnya, Anwar tidak pernah menerima sebarang bayaran.

Paling teruk, turut difitnah adalah Faekah Husin, bekas pegawai di Pejabat MB Selangor waktu itu kononnya sumber itu memetik kenyataan Faekah. Terbaru, Faekah sendiri di dalam hantaran di FB beliau menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Beliau turut memetik jawapan bertulis di dalam Dun Selangor berkaitan isu tersebut.

Jelas, keputusan Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di Parlimen Tambun dan keputusan PH menamakan beliau sebagai PM ke 10 sekiranya, InsyaAllah, PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15 ini amat-amat menggusarkan Umno/Bn dan PN. Maka, tidak pelik Anwar Ibrahim berterusan di fitnah di media-media perdana dan media sosial. Sebaliknya, cabaran Anwar untuk berdebat dengan semua calon PM tidak langsung disambut oleh mereka.

Mengapa mereka takut sangat kepada Anwar Ibrahim? Mengapa mereka bimbang Anwar menjadi PM? Jawapannya mudah, memilih Anwar Ibrahim sebagai PM bererti menghantar para perasuah dan penyamun ke penjara. Mereka takut, tetapi rakyat tidak takut.

WFAUZDIN NS