Sejak sekian lama Malaysia sentiasa elakkan adakan PRU di musim
banjir. Kini pemimpin Umno kata, banjir bukan penghalang untuk PRU. Mereka
advance menggunakan ramalan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan kata walaupun musim hujan
lebat, PRU boleh dibuat sebelum berlakunya banjir.
Malaysia juga selama ini ingatkan yang seseorang yang telah
dijatuhkan hukuman mahkamah akan hilang banyak kelayakan. Pemimpin Umno kata
tidak. Mereka dapat mencari peruntukan Perlembagaan yang kata selagi Petisyen
Minta Ampun tidak selesai, YB masih lagi YB. Boleh hadir Sidang Parlimen dan
mesti juga boleh melawat kawasan dan tunaikan tugas YB di kawasan yang
diwakili.
Sesiapa yang pernah jadi banduan tentunya boleh sahkan semasa
mereka dipenjara mereka tidak boleh mengundi di PRU atau PRK. Jentera kempen
PRU/PRK pun sejak dulu tidak masukkan banduan di penjara sebagai golongan yang
perlu diraih undi mereka.
Kalau begitu keadaan ini akan berubah. YB yang masih lagi YB
walaupun sudah dipenjara pastinya akan mengatakan dia masih layak lagi
mengundi. YB itu masih tidak lagi hilang kelayakan.
Pemikiran pemimpin Umno sangat advance!
Oleh kerana terlalu advance itu ada juga yang buat kajian, PRU
nanti ramai yang sudah bersuara "buat apa pergi mengundi? Kena beratur,
kena keluar pagi2, kalau line panjang, dah lah panas pulak, kalau sekolah
tempat mengundi itu atas bukit, penat lah. Kalau banjir takkan nak mengundi
naik boat. Kena travel jauh dan jam lagi...Buang masa lah....lebih baik tak
payah mengundi!"
Tapi jangan lupa, kalau orang sudah benci, lautan api pun mereka
sanggup renang nak balas dendam....