JUSTICE DELAYED
, JUSTICE DENIED
'JUSTICE DELAYED
JUSTICE DENIED'
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 10/10/22
( 1 - 21 )
1. Artikel ini
adalsh ekoran tulisan saya pada hari Khamis
29hb September 2022 bertajuk :
'MERPATI' - APA
LAGI YANG DI TUNGGU
2. Maksud :
'JUSTICE
DELAYED
JUSTICE
DENIED'
ialah
'MELAMBATKAN
KEADILAN
BERMAKNA
MENAFIKAN
KEADILAN'
3. Tidak boleh dinafikan
Agong mempunyai kuasa penuh dibawah :
PERKARA 42
PERLEMBAGAAN
memberi ampun , tunda hukuman , dan
lega hukum segala kesalahan yang dilakukan
didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya
4. Dari segi undang - undang
selagi Agong TIDAK membuat keputusan
berhubung permohonan Najib meminta
Pengampunan Di Raja atau Royal Pardon
maka walaupun telah didapati bersalah mencuri
wang rakyat oleh 9 orang Hakim dan di
penjarakan , Najib maseh kekal sebagai Wakil
Rakyat namun terserah kepada budibicara Ketua Pengarah Penjara
melayani segala permintaan beliau seorang yang
kini sebagai banduan
5. Anwar di beri Pengampunan di
Raja atau Royal Pardon SETELAH dipenjarakan hampir 10 tahun
lamanya sedangkan Najib yang dijatuhkan
hukuman penjara oleh Mahkamah Tertinggi sekali
pada 23 hb Ogos 2022 , dan tak sampai 2 minggu pun
ia itu pada 2hb September 2022 beliau merayu
kepada YDP Agong untuk mendapat Keampunan Di
Raja
6. Permohonan Najib
berdasarkan salahlaku dalam kes SRC International
dimana beliau di hukum penjara selama 12
tahun dan denda sebanyak RM 210 juta
7. Selain kes SRC
apakah YDP Agong akan memberi Pengampunan Di
Raja setiap kali beliau memohon jika sekira nya
didapati bersalah didalam beberapa kes lain
yang sedang dalam perbicaran di Mahkamah
8. Apakah YDP Agong
tidak berhasrat memberi Keampunan Di Raja
atau Royal Pardon kepada Rosmah Mansor
yang telah pun dihukum penjara selama 10 tahun
dan denda RM970 juta ?
9. Bagaimana pula nasib kepada Zahid
Hamidi , Presiden UMNO , Azeez Rahim atau
Azeez Keling , Bung Mokhtar dan isteri jika
mereka juga akhirnya di dapati bersalah dan
dihukum penjara
10. Seperti SUMPAH
JAWATAN yang dilafazkan dengan disaksikan
oleh Raja - Raja Melayu dan sebahagian
besar rakyat , YDP Agong MISTI berlaku
ADIL juga kepada 70,000 banduan lain
BUKAN hanya kepada Najib seorang
11. Jika yang lain di beri
Keampunan Di Raja maka tak perlu lagi Negara
menghabiskan jutaan wang ringgit dan diadakan
perbicaraan yang kadang - kadang memakan masa
bertahun lama nya - dalam ertikata
lain Sistem Kehakiman boleh lah ditiadakan
12. Sebagai ingatan ,
diperturunkan
SUMPAH JAWATAN
yang telah dilafazkan
oleh YDP Agong :
'Kami .......ibni......
Yang Di Pertuan
Agong Bagi
Malaysia
BERSUMPAH
Dengan Melafazkan
WALLAHI
WABILLAHI
WATULLAHI
Maka Dengan Lafaz
Ini BERIKRARLAH
Kami Dengan
SESUNGGUH Dan
Dengan
SEBENARNYA
MENGAKU Akan
Taat Setia Pada
Menjalankan
Dengan ADILNYA
Pemerintahan Bagi
Malaysia Dengan
Mengikut
Sebagaimana
Undang - Undang
Dan Perlembagaan
Yang Telah Di Sah
Dan Di Masyhurkan
Dan Yang Akan
Di Sah Dan Di
Masyhurkan Di
Masa Hadapan ini
,
Dan Lagi Kami
Berikrar MENGAKU
Dengan
Sesungguh Dan
Dengan Sebenarnya
Memelihara Pada
Setiap Masa Agama
Islam Dan Berdiri
Tetap Di Atas
Pemerintahaan
Yang ADIL dan
Aman Di Dalam
Negeri
13. Bagi kes Najib ini
berkemungkinan YDP Agong berada didalam keadaan
serbasalah atau dilema kerana Najib ialah sahabat baik
beliau yang juga merupakan anak Pahang selain
merupakan 'Orang Besar' yang di warisi dari
arwah bapa nya , Tun Razak
14. Jalan PENYELESAIAN
ialah YDP Agong melantik Raja Nazrin ,
Sultan Perak , yang kebetulan pula
Timbalan YDP Agong mempengurusikan Lembaga
Pengampunan dan membuat keputusan
15. Sebarang kelewatan
MENOLAK permohonan pengampunan ini pasti
akan mengundang reaksi negatif dari rakyat
jelata seolah - olah ianya di sengajakan , dan
YDP mungkin dianggap tidak berlaku adil
kepada Sistem Kehakiman dan rakyat terutama kepada
70,000 orang banduan
16. NAJIB BUKAN
LAGI PERDANA MENTERI TETAPI SEORANG BANDUAN
JESTRU BELIAU SEHARUSNYA DI LAYANI SEPERTI
BANDUAN LAIN
17. Jika dibandingkan , TIDAK
MUSTAHIL kesalahan Najib jauh lebih besar dari
kesalahan majoriti banduan lain seperti dipenjarakan kerana
mencuri setin Milo untuk anak yang kelaparan atau geladangan yang
mencuri RM2 bagi membeli makanan
18. Kepada YDP
Agong , kembali lah kepada SUMPAH JAWATAN
bukan seperti 'sumpah laknat' yang di lafazkan
Najib
19. PERKARA 8 ( 1 )
PERLEMBAGAAN
Semua Orang
Adalah Sama Rata
Di Sisi Undang
- Undang Dan
Berhak Mendapat
Perlindungan Yang
Sama Rata Di Sisi
Undang - Undang
20. Jangan sekali - kali MEMBENARKAN
Dewan yang mulia ini , iaitu Parlimen di cemari oleh
seekor lembu yang sudah TERPALIT dengan lumpur
21. 'JUSTICE
DELAYED
JUSTICE
DENIED'
Wassalam
Terima Kasih