Semalam semasa ucapan di Umno Bagan Datoh, Ismail Sabri kata dia
telah beri "peluru" kepada BNComms dan cybertroopers Umno/Bn untuk
attack pembangkang dengan menggunakan Laporan Petugas Khas siasatan ke atas
dakwaan2 dalam buku Tommy Thomas.
Laporan itu sudah tidak Rahsia lagi dan sudah Terbuka.
Belum apa2 Ambiga telah mulakan attack dengan mengatakan adalah
salah gunakan laporan itu sebagai peluru utk attack pembangkang dan nampak
sangat lah tujuan laporan itu untuk serang pembangkang dan bukannya untuk
mendakwa Tommy Thomas. Kalau didakwa pun itu sudah prejudice kepada pembelaan.
Laporan itu tajuknya dalam Bahasa Melayu tetapi keseluruhan isi
kandungannya dalam English dan ada 241 muka surat.
Ambil perhatian bahawa itu hanya satu laporan hasil dari
siasatan yang dibuat oleh satu Jawatankuasa yang tiada kuasa untuk mendakwa.
Pendakwaan hanya boleh dibuat oleh Peguam Negara. Perlu juga diingat yang
pendakwaan tidak semestinya berkesudahan dengan keputusan sabit kesalahan.
Ini sama dengan kes Zahid. Dia dituduh dengan 40 pertuduhan
tetapi selepas didakwa dan dibicarakan, mahkamah putuskan tiada prima facie
case dan dia dilepaskan. Soal rayuan ke mahkamah lebih tinggi adalah soal
kedua.
Ini umpama senjata canggih yg sangat sophisticated yang diberikan
kepada orang yang tak pernah pegang senapang pun. Setakat tengok saja boleh
lah. Selfie saja dgn senjata itu. Suruh picit trigger pun mau pejam mata. Mana
nak kena!
Satu lagi senjata katanya mengenai kes Pulau Batu Putih. Ini
lagi canggih sebab ini bukan kes bicara di Malaya atau Borneo. Ini World! Di
The Hague di Netherlands, Belanda sana...
Pasal Pengampunan Anwar dulu suruh dibangkitkan. Ini very
slippery waters! Pengampunan itu Kuasa Mutlak Raja2 Melayu. Soal procedure
adalah sesuatu yang sangat skippery kalau itu adalah kuasa mutlak Raja2 Melayu
vis-a-vis The King as the Fountain of Mercy! And you might want to use the same
for your own kind....maybe later!
Good luck saja lah. Jangan salah terkam harimau tengah tidur!