Saya ingin mengucapkan tahniah kepada penyokong PH yang kebelakangan ini begitu bersemangat menyebarkan tembelang Pas kepada pengundi sehingga memaksa Pas memikirkan semula strategi pilihanraya mereka.
Pas nampaknya terpaksa buat U-Turn sekali lagi dan cuba memujuk
UMNO untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional.
Dari hari ke hari peluang PH untuk mendapatkan semula mandat
rakyat kian cerah dan Pas dah mula terasa yang mereka tak mungkin dapat
membentuk kerajaan jika bersama dengan PN.
Saya harap semua penyokong PH akan terus berusaha menyebarkan
maklumat dan fakta yang betul kepada pengundi kerana ingatlah, kebenaran tetap
akan memihak pada pihak yang benar.
YB Adly Zahari
#AmanahProgresifPeduli
#AmanahUntukMalaysia