Kartunis Zunar
hari ini telah mengeluarkan satu animasi kartun terbaru beliau dengan tema “Jom Undi Jangan Boikot” . Mesej utama beliau ialah agar rakyat dapat keluar mengundi demi membentuk sebuah Negara yang
bebas dari perasuah dan kleptokrat.
Mesej ini
jelas melalui animasi kartun yang menjelaskan bahawa , sekiranya kita sebagai
rakyat tidak keluar mengundi dan sekiranya kita mengundi parti yang salah sebagaimana
sekarang ini dimana kita menghadapi berbagai masaalah seperti kenaikan harga
barang, nilai ringgit jatuh , 70 menteri yang tidak berfungsi, harga ayam dan
telur ayam pun tidak tahu jaga, inflasi meningkat, pengangguran sebanyak 600k
dan gaji dibawah paras kelulusan, harga minyak yang tidak dikawal, malah
berbagai masaalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan yang menggelar mereka
sebagai kerajaan Melayu Isle…tetapi gagal segagalnya.…INGAT UNDI ANDA ADALAH
MUSTAHAK. JIKA ANDA SALAH MEMANGKAH, PERASUAH BEBAS.
Malahan
parti agama yang ada bersama juga gagal untuk berfungsi sebagaimana mereka
menghentam PH dulu. Berapa ramai ahli parti agama yang tewas dalam saman fitnah
kerana mereka tidak bercakap benar kecuali menipu dan memperbodohkan ahli
masing masing.
Oleh yang
demikian adalah penting sama ada pengundi lama dan pegundi baru dan muda keluar
mengundi dan kita ubah kerana selama ini hanya fitnah dan pengkhianatan serta
kegagalan Mahathir yang dianggap sebagai bapa segala pengkhianat yang gagal memenuhi hasrat menyerahkan jawatan PM
sebagaimana perjanjian.
Untuk
kesekelian kalinya kita harus mengundi PH dan PM baru iaitu DSAI yang akan
mengepalai kabinet kerajaan baru dan membentuk semula Malaysia sebagai Negara bermaruah
dan menentang rasuah hingga ke akar umbi.
KELUARLAH MENGUNDI DEMI MASA DEPAN
NEGARA YANG LEBIH CEMERLANG .JADIKAN
NEGARA KITA LEBIH BERMARUAH DAN BEBAS DARI PERASUAH DAN PEMIMPIN KLEPTOKRAT.
WRLR