JADI PENEROKA...UTANG BANYAK BANYA LEPAS TU UMNO GUNA DUIT RAKYAT BANTU SELESAI UTANG....WOOOO MALU WOOOO...BERANAK PINAK BERCUCU CICIT PUN NAK KENA TANGGUNG SENDIRI LAGI...ADOIII.TAPI ADA JUGA DAKWAAN KERAJAAN WUJUDKAN HUTANG IKUT MANA ENTAH SEHINGGAKAN KES INI BERLARUTAN.....PANDAI HANGPA NAK PILIHANRAYA NO...

 

KPLB timbang lupus hutang peneroka Felcra RM230 juta





Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid berkata isu tunggakan hutang terbabit telah lama dibangkitkan oleh peneroka Felcra lebih 30 tahun lalu. (Gambar Bernama)

PASIR MAS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mempertimbangkan keputusan untuk melupuskan hutang 20,000 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) berjumlah RM230 juta.

Menterinya, Mahdzir Khalid, berkata proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

“Isu tunggakan hutang ini telah lama dibangkitkan oleh peneroka Felcra lebih 30 tahun lalu, yang melibatkan beberapa generasi sedia ada termasuk mereka yang telah meninggal dunia.

“Oleh itu, kerajaan sedang pertimbangkan keputusan ini dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra di Kampung Batu Karang.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, antara hutang yang dibuat oleh peneroka Felcra adalah seperti kos pembangunan termasuk proses pembersihan tanah, pagar serta penanaman pokok, sebelum hutang berkenaan dibayar sebaik mendapat hasil.

“Sekiranya hutang berkenaan tidak dilupuskan, generasi akan datang juga akan mengalami masalah yang sama.

“KPLB mencari jalan terbaik dan mengharapkan ada jalan penyelesaian selepas Pengerusi Felcra, Ahmad Jazlan Yaakub membentangkan perkara tersebut kepadanya nanti,” katanya.