Kita akan usahakan yang terbaik untuk meyakinkan rakyat memilih kembali KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk mendepani cabaran-cabaran negara yang dijangka lebih hebat dalam 2023 akibat kemelut ekonomi dunia dan lain-lain.
Saya mohon semua rakyat yang mahu negara berada di keadaan yang jauh lebih baik (serta limpahan nikmat sampai ke rakyat terbanyak) menghulurkan bantuan seperti berikut:
1) ikuti perkembangan kempen di media sosial dan sebarkan pada setiap masa, termasuk isu-isu penyelewengan yang tidak putus-putus
2) sertai usaha kami dengan menjadi sukarelawan untuk menelefon pengundi, mengetuk pintu pengundi dan menjadi PACA. Muat turun aplikasi CISTA di Apple dan Google untuk menjadi sukarelawan dan membantu
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.invoke.Cista&hl=en&gl=US#:~:text=CISTA%20is%20a%20volunteer%20application,GOTV)%2C%20Phonebank%20and%20Canvassing.
https://apps.apple.com/my/app/cista/id1593129322
3) Jika anda ada anak-anak muda yang akan mengundi kali pertama, pujuk mereka untuk keluar mengundi dan memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan
4) Menyumbang kepada perbelanjaan kempen secara crowdfunding di https://ayuhmalaysia.org/contribute
5) Berdoa supaya Allah buka hati rakyat Malaysia untuk menolak calon dan parti yang menyeleweng dana rakyat, tidak ada idea untuk menyelesaikan masalah rakyat dan culas dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan rakyat
Ini usaha kita dan sejak reformasi tercetus 1998 dahulu, setiap PRU telah berjaya mengembalikan sedikit demi sedikit kuasa kepada rakyat.
Ini usaha kita, kita buat yang terbaik.
#AyuhMalaysia