GURU RISIKO DIPECAT KERANA JUJUR!
Catatan: Cikgu Fadli
Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan
Malaysia nak buang kerja saya. Oh Malaysiaku...Malam ni saya kongsi terus surat
dari KPM yang nak buang kerja atau turun pangkat saya. Kerana apa saya nak kena
buang kerja?
Adakah saya seorang guru bermasalah di sekolah? Tidak, markah
prestasi saya saban tahun melebihi 90%, bahkan mencecah 98%. Adakah saya selalu
MC dan ponteng kerja? Juga tidak. Rekod kehadiran saya ke sekolah setiap tahun
sangat cantik.
Adakah saya tumbuk Guru Besar, bergaduh dengan rakan sekerja?
Juga tidak, saya sangat disenangi rakan sekerja dan pentadbir. Adakah saya
cabul atau rogol murid? Jauh sekali. Anak-anak didik saya, saya layan ibarat
anak-anak sendiri. Saban tahun masa Hari Guru dapat hadiah terbanyak dan
Anugerah Guru Popular. Setiap tahun dapat anugerah guru popular dan hadiah
paling banyak sejak tahun pertama saya dipostingkan hingga ke hari ini.
Adakah saya bermasalah dengan ibubapa? Pun tidak. Ibubapa dengan
saya sangat rapat. Tak pernah bergaduh. Bahkan bila saya ditukarkan dari SK
Taman Melawati 2 pada 2016 ibubapa buat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke
PPD nak kekalkan saya di sana.
Tak berjaya juga, mereka panjat JPN jumpa Timbalan Pengarah JPN
mohon jasa baik kekalkan saya di SKTM2. Kerana mereka tahu saya ditukarkan
bukan kerana saya bermasalah, tetapi kerana saya bercakap jujur dan benar
mengenai isu PPD masa tu.
Jadi soalnya kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap
jujur dan menyatakan kebenaran. Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak
boleh dengan luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji puja
sahaja.
Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu?
Saya bercakap tentang :
1. Beg berat bahaya pada anak-anak kita
2. Silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri. 3. Bilangan
murid yang ramai dalam kelas. 4. Subjek yang banyak murid belajar. 5. Masa
belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi. 6. Adanya
Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita
rosak.
Itu yang saya tulis.
Kata mereka, 'Cikgu perlu guna saluran yang betul. Bukan kat
Fb'.
Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Sebab saya dah
luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di
PPD di hadapan lebih 30 orang guru Matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan
pegawai JPN.Sehingga mereka tak mampu berhujah dan menjawab persoalan saya,
mereka bawa pegawai BPK dari Putrajaya. Pegawai yang bertanggungjawab membuat
silibus baru itu hadir dalam bengkel semata-mata nak menjawab semua persoalan
saya.
Dan sampai ke sudah saluran paling betul itu langsung tak
memberi kesan apa-apa, bahkan makin menyusahkan.
Beginilah sistem kita. Sistem yang hanya nak mendengar puja puji
walaupun ianya penipuan.
Yang pandai membodek, pandai menipu, naik pangkat cepat. Yang
menukarkan saya dulu naik pangkat menjadi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
di JPN sana.Sedangkan saya yang bercakap jujur dan mengatakan kebenaran hendak
dibuang kerja. Lihat dan baca sendiri semua pertuduhan ke atas saya. Sesiapa
tolong bagitahu saya, manakah antara tuduhan itu saya menipu?
Lihat detail di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5738979052790309&id=100000348124684&sfnsn=mo