DI PAHANG SIAP KEMPEN LAGI KERAJAAN MELAYU ISLE MENJELANG PRU 15- TAPI DOK JOGET DEPAN MATA TAK RASA NAK TEGUR..,TEBANG HUTAN JANGAN CERITA LA...JALAN BERLOBANG BIASA....KAH..KAH..KAH..

 

Khutbah Jumaat tak patut sentuh politik




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata khutbah Jumaat bertujuan merungkaikan soalan berbangkit dalam masyarakat bukan digunakan bagi tujuan kempen parti tertentu. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Khutbah Jumaat yang menyentuh isu politik terutama dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

“Jika isu membabitkan politik yang berat sebelah (bias) kepada kepartian parti tertentu ia tidak sepatutnya berlaku dalam khutbah Jumaat.

“Khutbah Jumaat adalah untuk merungkaikan soalan berbangkit dalam masyarakat kita. Tetapi sekiranya digunakan untuk tujuan kempen parti tertentu yang tidak ada maslahah umum kepada masyarakat ia tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian program Hari Sayidatina Khadijah peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai warga maya yang mempersoalkan ada masjid yang didakwa memasukkan isu politik dalam khutbah Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk menegaskan perkara itu akan diserahkan untuk tindakan kerajaan negeri masing-masing bagi penelitian lebih lanjut.