BETUL TU...TAPI YANG PALING TAKUT TENGGELAM NI INDERA MAHKOTA...SEBAB ORANG INDERA MAHKOTA DAH SEDIA NAK SEPAK TERAJANG SEMUA YANG KHIANAT

 

PAS, Bersatu bimbangkan banjir, bukannya takut hilang jawatan, kata Saifuddin




Saifuddin Abdullah berkata, isu banjir menjadi kebimbangan PAS dan
 Bersatu menolak PRU diadakan tahun ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bersatu dan PAS menolak cadangan pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini kerana khuatir isu banjir, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang menolak dakwaan bahawa menteri Bersatu dan PAS takut kehilangan jawatan yang mendorong mereka untuk menolak cadangan PRU pada tahun ini.

Saifuddin berkata keputusan menolak cadangan untuk PRU diadakan pada tahun ini didorong dengan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan wujud kemungkinan berlaku banjir pada hujung tahun ini.

“Kami menteri-menteri Bersatu dan PAS tak ada isu jawatan sebab jawatan ini hanya sementara, dan ia bukan milik kami pun, sebaliknya hak parti.

“Kami ini wakil parti saja, jadi kalau parti kata jadi, jadilah (menteri).

“Pada kami, kami tidak pernah bincang pun soal jawatan,” katanya pada sidang media di Kuantan lapor MalaysiaKini.

Saifuddin berkata pendirian Bersatu dan PAS adalah selari bagi menolak PRU diadakan dalam masa terdekat.

“Begitu juga dengan Pakatan Harapan (PH), mereka setuju PRU diadakan tahun depan, jadi sekarang ini tinggal siapa lagi yang bersungguh-sungguh tetap mahukan PRU15 ketika banjir?” kata Saifuddin.

Ahli Parlimen Indera Mahkota turut berpendapat PRU patut diadakan ketika negara berada dalam keadaan aman serta tidak dibebani oleh isu banjir.

Katanya, pemilihan tarikh untuk PRU15 juga perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan semangat anak muda yang dikategorikan sebagai pengundi kali pertama untuk menggalakkan mereka keluar mengundi.

“Kalau boleh saya nak tanya anak muda, Undi18 dan pengundi kali pertama: bila mereka mahu PRU diadakan.

“Kita mahu semua dapat keluar mengundi beramai-ramai, barulah dinamakan demokrasi yang sihat,” kata menteri luar itu lagi.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Jemaah Menteri daripada PN sangat risau menghadapi PRU15 terutama mereka yang melompat parti sebelum ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, menteri PN yang melompat parti sebelum ini sangat takut berdepan pengundi kerana sedar akan dihukum pada pilihan raya nanti.