Pilihan Raya Umum ke 15 pada musim banjir yang dipaksakan oleh rejim BN dirancang untuk mengalahkan pembangkang yang kekurangan dari segi logistik.
Namun bagi Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, rakyat tidak boleh patah semangat biar pun mereka dalam keadaan kurang bersedia.
Sebaliknya, penggerak Ayuh Malaysia itu mengajak rakyat melakukan perlawanan bermaruah dengan menyumbang segala yang terdaya dalam perjuangan menyelamatkan negara daripada kelompok kleptokrasi yang cuba kembali menjajah.
"Insya Allah rakyat akan mengundi pada awal November sebelum masuk ke minggu kedua.
"Kita akan usahakan yang terbaik untuk meyakinkan rakyat memilih kembali KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) untuk mendepani cabaran negara yang dijangka lebih hebat pada 2023 akibat kemelut ekonomi dunia dan lain-lain.
"Saya mohon semua rakyat yang mahu negara berada di keadaan yang jauh lebih baik menghulurkan bantuan apa yang termampu," katanya dalam kenyataan petang ini.
Dalam respons segera selepas parlimen dibubarkan, mantan Ahli Parlimen Pandan itu mahu rakyat melakukan beberapa perkara penting dalam Oktober - November yang getir ini.
"Pertama, ikuti perkembangan kempen di media sosial dan sebarkan pada setiap masa, termasuk isu-isu penyelewengan yang tidak putus-putus
"Kedua, sertai usaha kami dengan menjadi sukarelawan untuk menelefon pengundi, mengetuk pintu rumah pengundi dan menjadi PACA," katanya.
Rafizi juga mahu rakyat yang cintakan kebenaran memujuk golongan muda untuk keluar mengundi dan memilih KEADILAN serta PH
Bagi yang berkemampuan, katanya, mereka boleh menyumbang kepada tabung gerak kerja pilihan raya PH termasuk yang digerakkan oleh Ayuh Malaysia di https://ayuhmalaysia.org/contribute
"Rakyat juga perlu berdoa supaya Allah membuka hati rakyat Malaysia untuk menolak calon dan parti yang menyeleweng dana, tidak ada idea untuk menyelesaikan masalah rakyat dan culas dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
"Ini usaha kita dan sejak reformasi tercetus 1998 dahulu, setiap PRU telah berjaya mengembalikan sedikit demi sedikit kuasa kepada rakyat. Kita buat yang terbaik," katanya lagi.
Bagi yang ingin membantu KEADILAN dan PH untuk gerak kerja pilihan raya boleh terutama membantu menjadi PACA dan sukarelawan mereka memuat turun aplikasi CISTA di https://play.google.com/store/apps/details... atau https://apps.apple.com/my/app/cista/id1593129322