ULANG KISAH NAJIB- SUSUNGALUR DIA KINI DITAHAN: PERJALANAN TERAKHIR NAJIB - DARI SEORANG BIDUAN KEPADA SEORANG BANDUAN

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Ahad - 28/08/2022

(  1 -  26  )

 

 

1.  Walaupun kecil namun jasa beliau kepada saya  tetap dikenang dan di hargai

 

2.  Sebenarnya "NAJIB   ADALAH   AKITEK  KEMUSNAHAN  DIRI  SENDIRI"  -  itu adalah  kata - kata Haniff Khatri , seorang Peguam Kanan sewaktu di temuramah oleh Raggi Jessy Rithaudeen, blogger yang bersifat  'serious' dan 'fokus'  terhadap apa yang di lakukannya.

 

3.  Ada 2 pesanan Nabi Besar kita Muhammad SAW :

 

i.  Di akhir zaman akan terdapat pemimpin yang tidak beramanah, berbohong  dan  tidak  menunaikan janji

 

ii.  Peperangan yang paling besar ialah melawan nafsu

 

4.  Sudah pasti Tun Abdul Razak dan isteri ( Al-fatihah ) merasa malu dan hampa apabila anak kandung mereka , Najib telah  MENCONTENG  ARANG  DI MUKA  MEREKA 

 

5.  Tun Razak , Perdana Menteri ke 2 selepas Tengku Abdul Rahman terkenal  dengan usaha beliau membangunkan  negara ini dan dalam masa sama amat tegas  MENENTANG  segala salahguna kuasa dan amalan rasuah apatah lagi merompak , menyamun dan mencuri harta negara iaitu wang rakyat

 

6.  Najib MENGHANCURKAN segala yang di perjuangkan oleh arwah ayah nya 

 

7.  Begitu seriusnya beliau sehingga cadangan anak - anak  membina sebuah kolam renang  di Seri Taman , rumah kediaman rasmi  ditolak atas alasan beliau tidak mahu menyalah guna wang rakyat walaupun mungkin ketika itu kos pembinaan kolam renang tersebut berharga RM50,000 sahaja

 

8.  Ini jauh berbeza dengan Najib , anak kandung Tun Razak yang  juga  Perdana Menteri ke 6 apabila polis menemui ratusan ribu wang tunai , barang kemas yang di perbuat dari emas dan berlian dan ratusan jam tangan dan 'tiara' dan  beg tangan berjenama semasa mereka mengeledah rumah Najib di Taman Duta dan di apartment mewah Pavilion Kuala Lumpur

 

 

9.  Ini lah beberapa tindakan Najib bagi  tujuan :

 

MENUTUP  BANGKAI

GAJAH  DENGAN

NIRU

 

i.  Memecat  SERTA MERTA  Ghani Patail sebagai Peguam Negara atas alasan konon nya beliau sakit , dan melantik Apandi Ali sebagai  pengganti

 

Tugas pertama Apandi ialah mengeluarkan satu perintah  No Further Action ( NFA )  terhadap Najib dalam kes 1MDB

 

ii.  Tukar beberapa pegawai polis yang terlibat dengan penyiasatan kes 1MDB

 

iii.  Pindahkan pegawai SPRM atau 'Cold Storage' ke Jabatan Perdana Menteri ( JPM )

 

iv.  Melantik sebagai Timbalan Menteri Pengurusi PAC dan menggantikan dengan kroni beliau

 

v.  Meletakan Lapuran Audit Negara  dibawah Official  Secret  Act  ( OSA ) atau  Akta Rahsia Resmi dengan satu tujuan , mengelakan orang ramai dari membacanya

 

vi.  Menghadkan  soalan  berkaitan 1MDB di Parlimen

 

vii.  Menangkap dan mempenjarakan Khairuddin Abu Hassan dan Peguamnya , Matthias Chang dibawah undang - undang  SOSMA  ketika mereka sedang  berangkat  ke USA  bagi membuat lapuran tentang 1MDB  di sana 

 

baru - baru ini Mahkamah memerintahkan Kerajaan membayar RM300,000 beserta Kos kepada  Khairuddin

 

viii.  Khalid Bakar , Ketua Polis Negara  ketika itu menangkap  dan bertindak  liar dengan  menggunakan telepon bimbit atau hand fon  sesiapa saja  yang  menyentuh  isu 1MDB

 

x.  Saya dan beberapa orang rakan pernah di lokap di balai polis Jinjang kerana menentang Najib  dan UMNO/BN kerana menipu  Pilihanraya

 

JIKA  TIDAK  ADA  APA - APA ,  MENGAPA  TEMPUA  BERSARANG  RENDAH ?

 

xi.  Megapa  berbagai salahlaku seperti merampas  buku - buku kartun dan mempenjarakan  Zunar , pelukis kartun yang di ikhtiraf Antarabangsa jika Najib tidak bersalah

 

xii.  Mengapa takut kepada lukisan Fahmi Reza ?

 

 

10.   Kononnya Najib akan ambil tindakan undang - undang  terhadap Department of Justice ( DOJ ) Amerika Syarikat pada hari Selasa 2hb April 2019 , maka rakyat menunggu seperti : 

 

PONGGOK  RINDUKAN  BULAN

 

setiap Selasa demi Selasa rakyat menunggu tapi masih tidak  berlaku ; tiba - tiba pada hari Selasa 23hb Ogos 2022 bukan Najib menyaman DOJ tapi sebaliknya beliau di dapati bersalah dalam kes SRC International  dan di hantar ke penjara Kajang bagi menjalankan hukuman selama 12 tahun dan denda RM210 juta

 

11.  Berbagai usaha dilakukan  termasuk SUMPAH  LAKNAT bagi  membuktikan  beliau bersih dari segala pertuduhan  namun ALLAH  SWT lebih mengetahui segala yang tersembunyi justeru beliau tetap didapati bersalah dan dihukum penjara  

 

12.  Apa yang dilakukan Najib ialah mendapatkan simpati rakyat  dan pada masa sama  menyuntik kebencian  kepada  Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan Badan Kehakiman

 

13.   Itulah sebenarnya BALASAN  ALLAH SWT terhadap SUMPAH  LAKNAT yang  dilafazkan nya -  beliau bukan saja menipu rakyat tetapi yang lebih serius  telah  menipu  ALLAH  SWT

 

14.  Kira - kira 300 penyokong Najib dari Pekan berhimpun di luar Mahkamah memberi sokongan  moral kepada Wakil Rakyat mereka

 

15.   Saya masih teringat  kisah  'CINA MATI' ,  lagi kuat laungan dan tangisan , lagi besar 'upah'  yang diberi

 

16.  Selepas di lacurkan , lazimnya  pelacur tidak akan bertanya  dari mana sumber kewangan diperolehi , yang penting  mereka  dibayar

 

17.  Kini ramai juga yang mahukan pengampunan Di Raja segera diberi kepada Najib  termasuklah rombongan kira - kira 300 orang  yang menyerahkan memorandum di Istana Negara

 

18.  Bagi pihak NGO BERSIH  pula difahamkan mereka telah dapat kumpul  hampir 100 ribu  tandatangan secara atas talian atau online meminta Agong tidak memberi pengampunan

 

19.  Saya percaya Agong akan melaksanakan pengampunan mengikut Perlembagaan dan reaksi rakyat dan pandangan Negara Luar terhadap sistem kehakiman kita

 

20.  Jika Agong memberi pengampunan dalam kes  SRC International ini , apakah  Agong akan memberi pengampunan kepada 4 kes lain yang sedang dibicarakan , dan adakah Agong akan juga memberi keampunan kepada Rosmah , Zahid Hamidi , Azeez Rahim dan mungkin ramai lagi  jika di dapati bersalah termasuk mengampunkan Lim Guan Eng  DAP dan Syed Saddiq MUDA  

 

21.  Adalah lebih baik jika setiap kali negara menyambut Merdeka dan Hari Kelahiran Rasmi , Agong memberi keampunan kepada pesalah yang jauh lebih kecil seperti pencuri yang di penjarakan kerana mencuri setin milo untuk diberi kepada anak yang lapar , pencuri wang surau sebanyak RM2.00 sahaja dan pencuri seluar dalam perempuan yang dipenjara 2 tahun , geladangan dan ramai lagi yang boleh di ampunkan tambah pula kos sara hidup kini naik melambung tinggi

 

22. Apa pun yang berlaku bak kata Hakim Mahkamah Rayuan : 

 

NAJIB  IS  A  NATIONAL  EMBARRASSEMENT  

 

memalukan negara bukan sahaja di sini bahkan seluruh dunia

 

23.  'MALU APA BOSS KU'  akan di lupai dalam masa terdekat ini - PERCAYALAH

 

24.  'Cash Is Not King After All'

 

25.  INI LAH  LEGASI  NAJIB  TUN  RAZAK  SEBAGAI  PERDANA  MENTERI  MALAYSIA  YANG  PERTAMA  DI PENJARAKAN 

 

26.   ADIOS  MY  

         MY  FRIEND  !!!

 

 

Wassalam

Terima Kasih