ASRAF JEFFRT
Perasan tak yang McD dan Starbuck akan keluarkan Menu baru atau
Seasonal Menu pada hampir setiap bulan? Ini adalah salah satu teknik pemasaran
yang dipanggil sebagai Customer Activation.
.
Kita kena terima hakikat yang walaupun seseorang itu suka
'berdooh' dengan produk yang kita jual,lama-kelamaan dia akan mula rasa muak
dan boring. Bila sudah sampai tahap ini, buat lah promosi macamana
sekalipun,bagi diskaun sampai beratus ringgit, dia tidak akan beli.
.
Untuk atasi masalah ini, kita kena tukar produk ataupun
perkenalkan menu baru yang dia belum pernah rasa ataupun belum muak.
.
Hal ini tidak tertakluk pada jual beli sahaja,bahkan dalam
teknik pemasaran juga. Saya ada bayar banyak page dan influencer untuk
pemasaran Samurai Yakiniku Bangi
. Pada peringkat awal, content itu viral. Cuma bila diulang-ulang, content
tersebut tidak dapat sambutan lagi.
.
Tapi bila saya tukar content, buat produk baru, orang mula share
balik. Orang mula ada minat semula. Hasilnya, Alhamdulillah, kedai mula penuh
semula.
.
Bayangkan,level marketing pun orang tidak suka tengok content
yang sama, level jual beli apatah lagi. Maka, perkenalkan kepada anda, Wagyu
Skewer Samurai Yakiniku
. Sekarang promosi RM15. Sehari ada 30 unit sahaja. Anda boleh walkin di
mana-mana Samurai Yakiniku berhampiran dengan anda.
.
Mohon Like dan Share.
Terima kasih.