SIRI 2
[56,57] Rizal dah sediakan 2 pegawai UTK untuk iring duit
tersebut dan Rizal bisik pada Ahmed yang duit tersebut untuk Mem.
[58] Rizal suruh orang gaji Rosmah ambil duit tersebut dan masuk
dalam rumah. Rizal jumpa Rosmah dan Rosmah tanya berapa? Rizal kata lima.
[59] Berberapa hari selepas itu Rizal minta bahagian dia naik ke
25 juta dan Saidi bersetuju. Saidi bagi Rizal 500 ribu tunai.
[77] Rizal menggambarkan Rosmah sebagai orang yang sangat cerdik
dan bijak serta pandai merangka strategi untuk dapat apa yang dia hendak.
Rosmah suruh Rizal buat team cyber troper ( RBA - Rosmah Birkin Army )
dengan bayaran sebanyak 100K ringgit sebulan.
=======================================
Tugas Mahkamah untuk kes ini
[79,80] Untuk memastikan yang kes pihak pendakwaan mencapai
prima facie dan beban pertuduhan terletak pada pihak pendakwaan untuk
membuktikan semua dakwaan adalah melampaui keraguan munasabah.
=======================================
Tentang kredibiliti Saksi-Saksi
[86] Dari 23 saksi 3 adalah saksi penting Rizal, Saidi dan
Rayyan. Mahkamah juga sedar yang bukti dari ketiga saksi tersebut perlu di
teliti dengan berhati-hati sebab mereka juga bersubahat sama dengan tertuduh.
Adalah penting semua bukti mereka ini kena lulus ujian kredibiliti dahulu.
=======================================
Mahkamah menjawap persoalan peguambela tertuduh
[96, 97] Pembelaan kata ini adalah derma politik yang di
tawarkan oleh Saidi dan Rayyan dan Rosmah tak pernah meminta Rasuah dari
mereka. Hakim kata isu yang paling penting adalah jika testimoni Rizal yang
tertuduh meminta 15% rasuah dari Saidi melalui Rizal.
[102] Pembelaan mengadu yang pihak pendakwaan gagal untuk dakwa
Rizal, Saidi, Aazmey dan Mahdzir; pembelaan menggunakan kes Pendakwaan melepas
dan membebas Rizal sebagai satu Mala Fide terhadap tertuduh; mereka siap petik
dari kes Mahkamah Tinggi Kanada. Hakim jawap dia tak bersetuju dengan duluan
tersebut sebab kita tak pakai undang-undang Kanada dan di bawah Pelembagaan
Persekutuan Artikel 145(3) sebut Peguam Negara ada kuasa hendak tarik balik
mana-mana kes.
[105] Hakim berpendapat yang Rizal tak berani hendak buat
tawaran untuk menaikkan jumlah rasuah dari 10% ke 15% tanpa persetujuan Rosmah.
Tuduhan pembelaan yang kata Rizal buat ini semua sebab kepentingan peribadi
juga tak releven sebab Rizal telah menjadi Pegawai Khas Rosmah dari 2009 dan
sangat di percayai oleh Rosmah. Rizal juga tak mungkin boleh aturkan mesyuarat
dengan Rosmah kalau dia tak ada hubungan dengan Rosmah.
[106] Rizal telah di soal siasat dengan soalan-soalan yang keras
dari peguambela Rosmah dan dia tetap yakin yang Rosmah meminta 15% dari kedua
Saidi dan Rayyan. Saidi juga membenarkan testimoni Rizal yang Rosmah meminta
dia 15%.
[107] Hakim kata Rizal dalam kes ini adalah saksi terpenting,
dia tak dapat apa-apa ganjaran bila memberi keterangan terhadap tertuduh sebab
dia telah dia lepas dan bebas dari pertuduhan jenayah ini. Hakim kata kalau
Rizal di lepas tapi tak di bebas (DNAA), mungkin hakim boleh kata dia akan ada
bias terhadap tertuduh sebab ada ganjaran. Hakim juga petik duluan kes Khir
Toyo yang mana saksi pendakwaan penting juga rakan subahat tertuduh.
[116,118] Pembelaan kata tak ada saksi yang nampak tertuduh
terima RM5 juta secara tunai. Pembelaan kata yang pendakwa gagal panggil saksi
orang gaji dan juga pegawai UTK, dan juga ada perbezaan pendapat antara jenis
kenderaan yang di gunakan oleh Rizal sama ada Alphard atau Vellfire.
[119] Hakim jawap tak ada keperluan nak panggil orang haji sebab
Rizal sendiri dah bagi keterangan yang dia arahkan orang gaji tersebut bawa
masuk duit dalam kediaman Rosmah. Tertuduh juga tahu yang Rizal bawa 2 beg dan
berapa nilai dalam beg. Yang penting testimoni Ahmed membenarkan cerita Rizal
yang nampak 2 orang gaji mengambil beg tersebut.
[122] Hakim juga mengatakan yang Rizal tak mungkin ambil 5 juta
itu untuk dirinya sendiri tanpa orang lain tahu. Saidi dan Rayyan lambat laun
boleh periksa dengan Rosmah kalau Rosmah tak dapat duit tersebut dan
sebaliknya.