PRU15 SIAPAKAH YANG PALING TAKUT BILA DIADAKAN ? ISMAIL, ANWAR, ZAHID ATAU MUHYIDDIN



NORMAN RADZUAN


ISMAIL, ANWAR, ZAHID ATAU MUHYIDDIN

Bila PRU15…soalan yang selalu ditanya kepada saya oleh rakan2. Jawapan saya tanya Anwar, Zahid, Muhyiddin pun tak tahu apatah lagi saya. Ismail sendiri pun tidak pasti nak bubar Parlimen sekarang atau tidak.

Jadi jgn ditanya soalan yg semua org tak tahu. Kita hanya boleh meramal sahaja. Apapun ia tetap berlaku cepat atau lambat sahaja. Persoalannya siapakah yg paling takut bila PRU15 ini diadakan?

A) Adakah Ismail Sabri? Ismail tidak takut hadapi PRU15 kerana dia yakin BN akn menang… yg dia takut hanyalah adakah dia masih menjadi PM. Dia tahu Zahid Hamidi adalah halangan dia utk menjadi PM semula. Dia tahu cakap Zahid tidak boleh dipercayai. Dia sudah menjadi nombor satu takkan dia akn bergelar Menteri Kanan atau TPM selepas PRU15.

Pada firasat saya Ismail tahu jika dia mahu menjadi terus menjadi PM selepas PRU15 hanya ada satu jalan. Tunggu kes Zahid diputuskan oleh mahkamah. Bila Zahid ke dlm mudah utk dia membawa hala tuju parti dgn kelebihan kuasanya sebagai PM. Pandangan saya Ismail akn mengadakan rundingan diantara PAS dan Bersatu jika dia mengetuai UMNO.

B)Adakah Anwar Ibrahim? Tidak ada apa yg perlu ditakutkan Anwar kerana dia hanya Ketua Pembangkang. Tiada tekanan buat Anwar dan yg perlu dipastikan PH memperolehi 80 kerusi Parlimen utk menjadi Blok terbesar kerana analisis dilakukan tiada mana2 parti politik mampu menjadi kerajaan sendirian.

Anwar hanya perlu memikirkan bagaimana membentuk kerjasama yg kuat kerana PH sendiran sgt sukar utk menjadi kerajaan. Jadi PH mahu tidak mahu perlu bergabung dgn blok pembangkang yg lain samada sebelum atau selepas PRU nanti.

C) Adakah Zahid Hamidi? Jika berlaku PRU15 Zahid Hamidi adalah org yg paling gembira. Dia tahu watikah ada di tangannya. Dia boleh sahaja letakkan nama Ismail Sabri hanya bertanding di Pahang sebagai ADUN dan seterusnya menjadi MB Pahang.

Bila Zahid kata Ismail akn jadi PM bermakna itu bukannya maksudnya. Lihat Zahid bagaimana bijak menyokong Muhyiddin dan kemudian menjatuhkan kerajaaan PN dgn memperdayakan Anwar konon menyokong ketua pembangkang itu sebagai PM.

Apa terjadi jawatan KM Melaka dan MB Johor? Kemudian bila Ismail menjadi PM dia ‘memaksa’ Ismail membubarkan Parlimen sdgkan Ismail adalah dari UMNO. Zahid hanya takut jika Parlimen tidak dibubarkan segera kerana kesnya terlalu byk utk dibicarakan. Saya percaya jika Parlimen dibubarkan awal Zahid akn mencalonkan dirinya sebagai PM.

D) Adakah Muhyiddin Yassin? Ya Muhyiddin adalah pemimpin yg paling takut jika PRU15 ini akn diadakan. Ini kerana Muhyiddin sedar PAS sukar dipercayai. Mana tidaknya sampai bersolat hajat PAS mahu bersama UMNO.

PAS juga mahu menggunakan logo yg berbeza di negeri dikuasai mereka. PAS juga tetap mahu bersama UMNO dlm PRU15 ini. Pandangan peribadi saya… jika UMNO bersetuju PAS bersama mereka dgn syarat meninggalkan Bersatu… saya yakin PAS akn berbuat demikian.

Andaikata PAS sendirian atau bersama UMNO bermakna ‘talkin’ utk politik Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu.

Muhyiddin adalah pemimpin yg tidak lena tidurnya skg ini. Dia licik seperti Zahid. Liciknya Muhyiddin bila dia dibuang dari UMNO dia menghulur tangan utk bersama PH… kononnya melawan korupsi dan PH percaya muslihat politiknya.

Dia menang dan menjadi Menteri atas kapasiti rakyat mengundi PH. Dia khianat PH di kala baru sembuh dari penyakitnya. Sungguh kejam dan langsung tidak berintegriti cara Muhyiddin berpolitik.

Terbaru Muhyiddin pasti gundah jika benarlah dlm artikel ‘Merpati’ itu Menteri KDN bertemu dgn Merpati selama sejam. Adakah benar pertemuan itu? Adakah ada perjanjian dgn Merpati jika benar berlaku seperti diviralkan? Ini semua membuat Muhyiddin semakin gundah selepas Zuraida meninggalkan partinya.

PN jika ditinggalkan PAS bukan saja mereka tidak mampu utk memenangi mana2 kerusi Parlimen malah Parlimen Muhyiddin di Pagoh juga akn menjadi batu nisan buat Muhyiddin.

Pastinya jika PN gagal pada PRU15 ini nasib PN atau Bersatu akan senasib S46. Muhyiddin tahu ahli Parlimen yg menyertai Bersatu dahulu hanyalah mereka yg berkepentingan peribadi.

Nama Muhyiddin akn dikenang dlm lipatan sejarah menjadi pemimpin politik yg dianggap pengkhianat mandat rakyat. Mahathir dan Hadi Awang? Tak perlu ulas sb Mahathir sudah tidak relevan.. Hadi Awang apa yg perlu dia takut… cukup 15-18 Parlimen dia jaja kpd mana2 parti utk membentuk kerajaan. Yg penting dia dgn team boleh jadi Menteri.