SHAMSUDIN NAWAWI
Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon.
Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High
Prerogative of Mercy....or something like that lah.
Itu betul.
Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul
lah.
Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya.
Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan
Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan.
Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang
dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan
bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan
pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam
Negara.
Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka
ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab
Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab
Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sahaja yang boleh kalahkan Hang
Jebat.
Hang pun kalau nak percaya apa depa cakap, hang siasat lah
dulu....
Nota mengenai gambar : Melayu tak hilang lagi, tapi Hang Tuah
dah hilang pi mana tak tau...