AMPUN
Kalau ikut Akta Penjara, seorang pesalah boleh minta Pengampunan
DiRaja, pada bila2 masa selepas dia dijatuhkan hukuman.
Lembaga Pengampunan yang terdiri daripada YDPA, Peguam Negara,
Menteri Wilayah dan 3 orang lain lantikan Agong akan menilai dan
mempertimbangkan permohonan tersebut.
Amat jaranglah, pengampunan diberikan sejurus selepas jatuh
hukum. Selalunya permohonan ini dibuat berulang kali, kerana acapkali ditolak
dulu.
Jika permohonan ditolak kali pertama, pemohon perlu menunggu
lagi 3 tahun untuk memohon lagi. Bukan boleh suka suki apply tiap2 bulan
mengambang. Kot2 YDPA dada terlapang.
Selagi permohonan tak diputuskan, selagi tulah dia kena tunggu
dan lihat. Once dah ditolak, mereput la sekejap, 3 tahun lamanya pula. Sebelum
nak masuk permohonan kedua. Kalau reject dia kena apply setiap 2 tahun pula.
Makanya, kena tahu nak dapat pengampunan bukan macam order teh tarik
di kedai mamak. Ada aturannya yang tersendiri. Tak boleh suka suki.
Sangat crucial kita nak tahu apa keputusan Lembaga Pengampunan
untuk permohonan DSNR hari tu. Rasanya kita boleh dapat tahu dalam sebulan dua
ni. Kalau kena reject, DSNR kena duduk dalam 3 tahun lagi baru boleh buat
permohonan baru. Gitulah…
Kalau tengokkan petisyen pengampunan ni oleh rakyat jelata, lagi
banyak yang menolak daripada yang menyokong.
Hari tu saya baca, ada admin FB dia kata dia ada 4.5 juta
follower. Kenapa lah agaknya mereka tak tolong dia sign petisyen?
Adakah kerana banyaknya dajjal troll belaka? Tepuk dada tanya
iman jua…
Salam hormat,
Liyana Marzuki