W.FAUDZIN
PAKATAN HARAPAN PAHANG TELAH BERSEDIA HADAPI PRU15
Pada 04 September 2022, Mesyuarat Pakatan Harapan negeri Pahang
telah diadakan di Temerloh. Kesemua pimpinan utama dari parti komponen PH telah
hadir.
Di dalam mesyuarat tersebut telah dilantik pimpinan baru PH di
mana Pengerusinya adalah YAB Dato Seri Amirudin Shari yang juga merupakan
Pengerusi MPN Keadilan Pahang. Beberapa jawatan lain juga telah dilantik bagi
memperkuatkan jentera PH untuk menghadapi PRU15 tidak beberapa lama lagi.
Dua hari sebelum itu, MPN Keadilan Pahang juga telah mengadakan
retreat Keadilan Pahang juga bertempat di Temerloh. Kesemua Ketua Cabang,
termasuk AMK dan Wanita telah hadir.
Ini membuktikan bahawa PH Pahang begitu serius untuk menghadapi
PRU15. Rakyat terutamanya di Pahang harus memberikan peluang kepada PH untuk
menerajui negeri yang kaya raya ini tetapi di bawah kerajaan Umno/Bn selama ini
kekayaan negeri tidak sampai kepada mereka. Rakyat negeri Pahang harus melihat
bagaimana negeri Selangor dan P.Pinang yang telah diberi mandat oleh rakyat
kedua negeri tersebut selama tiga penggal berturut-turut telah memberikan
perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat mereka. Kekayaan negeri dinikmati
bersama oleh rakyat.
Kini, masa untuk kita bergerak dan memberikan penerangan kepada
rakyat. Keadilan telah menyelesaikan pemilihan jawatan di peringkat Cabang.
Justeru itu, pemegang mandat ahli-ahli parti ini harus melaksanakan amanah dan
tanggungjawab sebaik mungkin. Begitu juga di peringkat negeri, pemegang jawatan
harus bekerja keras mulai sekarang.
Saya yakin, PH Pahang mampu memberikan saingan kepada Umno/Bn
dan Pas/PN di negeri ini. Rakyat perlu bangkit untuk lakukan perubahan.
InsyaAllah, selagi ada kekuatan, kesihatan yang baik dan umur yang panjang,
saya bersedia untuk terus berkhidmat kepada parti sebagai ahli biasa yang juga
bertanggungjawab membantu parti tercinta ini. Begitu juga anda, jika anda mahu
melihat negeri dan negara ini boleh ditadbir dengan baik, anda harus membantu
perjuangan ini.
WFAUZDIN NS