Nilai tukaran wang Malaysia yang turun sehingga RM4.72 berbanding US$1 disebabkan oleh glitch katanya. Sekejap sahaja dah naik balik.
Ok, naik balik jadi berapa? RM4.50... Jadi kita dah terimalah nilai wang kita dah jadi serendah itu? Mungkin selepas ini, bila duit turun jadi RM5 bagi setiap USD pun, kita bising sekejap dan kemudian anggap biasa.
Begitulah seterusnya sampai duit kita jadi serendah rupiah dan rupee. Begitu? Sampai bila nak begini? Sedangkan punca permasalahan kita terus hidup ala bilionair.
Paling tak tahan, ada pula yang puji si Zafrul. Tak sedar duit kita jatuh merudum masa dialah jadi menteri kewangan.
Sampai hari ini kerajaan tak mampu pun senaraikan langkah yang untuk perkukuhkan ekonomi. Lebih banyak cerita politik. Apa nasib kita sebagai rakyat kalau UMNO kekal memerintah? Fikirkanlah. Guane boh?
Raja Gelap