Mat Sabu: PH Jangan Takut Kembali Berkuasa, Mampu Buat Lebih Baik


UCAPAN PENUH: Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengingatkan ahli parti agar jangan berasa bimbang untuk kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-15. Malah katanya, Pakatan Harapan (PH) mampu melakukan dengan lebih baik berbanding tahun 2018. Ini kerana kata beliau, para pegawai sektor awam bersedia untuk berkhidmat dengan mana-mana kerajaan dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. “Sebab (kita) ada pegawai kerajan yang bila beri arahan mereka bersedia memikul amanah,” katanya dalam sesi penggulungan Konvensyen AMANAH 2022 di Seremban pada Ahad .