LAAAA...INGAT DAH JADI PARTI SAH DAH...SOQANG TU PUNYA KEMPEN MACAM DAH SAH JADI PARTI...RUPANYA BARU NAK DAFTAR....KAH...KAH...KAH.....

 

GTA serah permohonan pendaftaran kepada JPPM




Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir (kanan) dan Timbalan Presiden Marzuki Yahya (tengah) selepas mengemukakan permohonan pendaftaran GTA kepada JPPM.

PETALING JAYA – Gerakan Tanah Air (GTA) hari ini mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai sebuah gabungan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Menerusi satu kenyataan, Ketua Penerangan GTA, Nizam Mahshar berkata, segala dokumen diperlukan telah diserahkan kepada JPPM pada jam 10 pagi tadi bagi memenuhi semua kehendak pendaftaran.

Katanya, biarpun GTA adalah gerakan rakyat dan gabungan orang Melayu namun proses itu dilakukan bagi melayakkan ia bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Jawatankuasa Penaja, Gerakan Tanah Air telah bertemu dengan Ketua Pengarah dan Pengurusan, JPPM untuk berbincang dan menyerahkan dokumen dan memenuhi kehendak-kehendak pendaftaran.

“Bagi melayakkan GTA bertanding dalam PRU15, maka kami telah melakukan proses sewajarnya berdasarkan undang-undang dengan mendaftarkan gabungan politik ini kepada JPPM,” katanya.

Pada 4 Ogos lalu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan gerakan berasaskan Melayu dan Islam yang dinamakan GTA.

Mahathir selaku pengerusi GTA berkata, gerakan itu akan menentang kerajaan yang disifatkan sebagai mementingkan diri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Gabungan itu terdiri daripada empat parti Melayu – Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), NGO serta orang perseorangan.