HAMDAN TAHA
Kisah berjuang ni bukan lah mudah,saya cukup ingat zaman anwar
ibrahim di pecat dan awal awal pkr dan adil di tubuhkan
Beribu ribu orang kena tangkap dan di tahan di lokap dan di bawa
ke mahkamah,saya masa tu adalah jawatan sikit tapi antara tugas yang kena hadap
ialah jika ada terlibat di tangkap dan di lokap dan di bawa ke mahkamah maka
kena lah sediakan duit jamin lebih kurang 2 ribu ke 3 ribu seorang dan paling
besar masa tu 5 ribu dan duit tu hangus begitu saja walaupun kita ni bergadai
bergolok dan berutang
Saya pernah gadai barang kemas isteri kerana nak jamin pemuda
teluk intan dan ada orang perak yang kena tahan kerana duit dah tak ada bila di
fikirkan dan di ingatkan sebenarnya kebodohan saja yang menyebabkan saya
terlibat ketika itu
Pahala tak tahu lah ada ke tak kerana berjuang kerana Anwar
Ibrahim bukan kerana tuntut keadilan sebenarnya atau kerana berjuang kerana
Allah,pun kita berhabis habis harta tapi penghargaan tidak ada pun dari
mereka,sembang pasai perjuangan dan keadilan sampai sekarang oleh tokoh itu dan
keluarganya,tapi sesiapa yang pernah betul betul rapat dengan mereka tahu lah
betul ke mereka ini pejuang keadilan,hanya Allah yang maha tahu dan kerana
Allah maha tahu sampai pilihanraya ke 15 saya yakin tak jadi apa juga,kecuali
dia dah selesai urusannya dengan Allah
Begitu juga kawan kawan ngo dan org umno biasa di zaman ph
memerintah 22 bulan,berjuang buat serangan kepada Dap dan PH sehingga ada yang
di saman kerana kenyataan mereka berlebihan tidak boleh di buktikan duit peguam
dan duit kalah saman kena bayar sendiri bukan ada sesiapa yang nak tolong
pun,akhirnya BN jadi pemerintah tapi mereka tak ambil peduli pun kepada mereka
mereka yang berjuang atas nama individu dan ngo untuk menjatuhkan PH,jasa tidak
pernah di ambil tahu dan peduli pun ada yang saya kenal rapat sampai beratus
ribu di saman oleh pimpinan dap dan dia kalah...sekarang telah sepi kerana tak
ada siapa peduli pun...dia juga yang akhirnya berdepan dengan semua itu...
Ini lah kerakusan dalam perjuangan politik tanah air kita atau
di mana saja di negara negara luar sana,kita mudah di jadikan alat kepada
mereka yang di katakan pejuang bangsa atau pejuang keadilan atau pejuang agama
Usah lah orang lain Rafizi sendiri selepas PH menang pernah rasa
di pinggirkan dan rasa di buang dan tidak di pedulikan oleh pimpinan PH ketika
itu,itu Rafizi Ramli yang tak bernama ni usah lah di kira,selapas PH menang
kumpulan yang dikatakan refomis hanya terus menjadi pencacai jika mereka bukan
YB atau Ketua Cabang,ini adalah hakikat
Bekas ketua cabang yang kalah dalam pemilihan parti walaupun
mereka telah bersama PKR dari hari pertama di tubuhkan dan berhabis harta benda
dan kerjaya mereka demi perjuangan tapi bila kalah sebagai ketua cabang atau
apa jua jawatan maka nama mereka akan lenyap seperti debu tidak ada yang akan
perduli lagi pada mereka,ramai yang saya tahu dan saya kenal jadi begitu
Berbeza dengan UMNO jika mereka kalah tak sama seperti kumpulan
PKR atau AMANAH kerana mereka memang mengejar jawatan itu dan bersedia
berhabisan untuk menang bertanding dalam umno dan mereka telah bersedia dan tak
akan habis sampai harta benda dan kerjaya kerana nak jaga parti
Tapi PKR dan Amanah mereka jika papa kedana kerana parti dan
perjuangan memang berlaku