Berita ni aku baca dengan perasaan yang macam macam. Ada rasa
pelik, kelakar, geram pun ada. Boleh baca di: https://bit.ly/3dGM9Pb.
Kelakar sebab yang kata DAP akan perintah negara ni Timbalan
Presiden MIC. Kalau yang menakutkan pengundi terhadap DAP ni parti penunggang
kaum dan agama macam UMNO, PAS dan PPBM aku tak pelik sangat. Sebab memang dari
dahulu itu sajalah modal politik mereka.
Tapi ini parti yang (mengaku) mewakili orang bukan Melayu pun
pun sama. Tak kelakar ke? Kalau dulu masa PAS bersama pembangkang, MCA dan MIC
selalu takutkan pengundi bukan Melayu dengan PAS. Itu tak pelik. Ini dah jadi
terbalik.
UMNO dan PAS kata DAP parti bukan Melayu. Patut MIC sukalah
kalau parti bukan Melayu yang kawal negara. Tapi dia marah pulak. Tak ke pelik?
Sejak bila MIC jadi parti Melayu? Adakah ini bermakna yang MIC mengaku mereka
ditolak oleh pengundi India jadi bergantung semata-mata kepada undi orang
Melayu?
Tapi sebenarnya, dalam PH tiada parti dominan. Dalam PH ada 4
parti. Keadilan, DAP, Amanah dan UPKO. Apa yang menarik, walaupun Keadilan
parti terbesar diikuti DAP, tapi Amanah dan UPKO punyai suara yang sama besar.
Itu perbezaan paling besar antara PH dan BN.
Jadi tak ada istilah DAP menguasai kerajaan. Atau mana-mana
parti pun. Sebab semua keputusan mesti mendapat konsensus Majlis Presiden.
Tidak seperti BN. Dari kenyataan Saravanan ini, nampak macam BN membenarkan PM
jadi diktator. Maka terjadilah apa yang telah terjadi. PM curi duit rakyat
berbilion dan semua pakat senyap.
Sebab itu Mahathir tak betah mentadbir bersama PH. Mahathir
seorang diktator tapi tak dibenarkan bertindak sesuka hati. Itu yang dia marah
dengan PH sampai letak jawatan, dengan harapan dapat sokongan parti yang
menjunjung dictatorship (PAS dan UMNO) untuk menyokongnya jadi PM kembali
selepas meletakkan jawatan.
Jadi apa yang disebutkan oleh Saravanan sukar untuk berlaku. PM
mungkin dari Keadilan, mungkin DAP bahkan mungkin UPKO tetapi keputusannya
nanti tetap akan mewakili suara keempat-empat parti. Secara dasarnya, mewakili
suara rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Guane boh?