ASRAFF JEFFRY
Semalam saya tertengok video ini di Reels dan agak terkilan
dengan sistem yang diamalkan di Malaysia. Video ini tentang pekerja cat jalan
tidak dapat sempurnakan catnya disebabkan ada rumput dan pokok. Katanya potong
rumput dan pokok bukan dalam skop pekerjaannya.
.
Saya tidak salahkan orang yang buat video ini kerana itulah
sistem yang diamalkan di Malaysia. Kononnya nak bagi organisasi tampak
hebat
, lalu dipecahkan kepada beberapa kepala atau department tapi
pada akhirnya,hasil kerja ke laut disebabkan kerja tidak synchronize antara
satu sama lain.
.
Apa yang kita boleh perbaiki untuk kes sebegini?
.
Pada pendapat saya yang tiada pengalaman dalam hal ini,mungkin
department potong rumput datang bersihkan dulu tempat,baru lah department cat
datang. Yang penting, hasil kerja tiptop.
.
Ingat,duit cat dan gaji pekerja bukan dibayar oleh Kerajaan.
Tetapi pembayar cukai iaitu kita. Adakah kita sanggup bayar tukang yang buat
kerja sambil lewa?
.
Sekali lagi saya tegaskan yang saya tidak salahkan pekerja ini.
Mereka hanya menurut perintah. Yang salah adalah kepala mereka. Ini satu
kegagalan yang teruk.