Perspektif dan persepsi saya mengenai media
KEBETULAN ATAU DISENGAJAKAN?
Gambar 1. Cuba lihat grafik di TV3 ini? Mungkin bagi sesetengah
orang ia biasa tetapi berdasarkan pengalaman saya… grafik ini salah etika. Dari
persepktif dan persepsi saya sebagai bekas pengamal media grafik ini kurang
beretika (terpulang kpd pandangan masing2).
Sekali pandang siapa banduan siapa Perdana Menteri? Pandangan
saya sepatutnya wajah Perdana Menteri itu yang bersaiz lebih besar dan wajah
banduan itu kecil. Dari sudut berita ia baik di mana seorang Perdana Menteri yg
dituduh tidak mahu membela bekas Perdana Menteri mendoakan kesembuhan bekas
Perdana Menteri atau dikenali ‘Bos ku’ kepada Perdana Menteri sekarang.
Gambar 2. Baru-baru ini saya menonton secara live di Astro program
‘Dialog Bipartisan’ di Astro Awani. Sekali pandang biasa-biasa sahaja tetapi dari
perspektif dan persepsi saya seolah olah ada agenda tersembunyi?
Jemputan pada hari itu BN diwakili Datuk Arman, PN diwakili Datuk Mohd Rafiq, Dr Mohd Hafiz mewakili Pejuang dan Howard Lee mewakili PH.
Dari perspektif dan persepsi saya tertanya tanya mengapa wakil
PH dijemput dari DAP? Adakah PH tidak mempunyai wakil Melayu seperti Yb Fahmi
yg saya anggap lebih sesuai utk tujuan tersebut. Adakah utk menggambarkan kpd
masyarakat PH itu adalah Cina DAP?
PH bernasib baik Howard Lee ini petah berbahasa Melayu dan boleh
membaca ayat suci Al Quran. Jika bahasa Melayunya tunggang langgang mcm
sesetengah pemimpin DAP yg kurang fasih tentulah persepsi masyarakat kpd PH sgt
negatif.
Apapun mungkin ia secara kebetulan tanpa disengajakan. Cuma ia
sekadar perspektif dan persepsi saya sahaja.