KADANG KADANG MAK AYAH RASA MALU BILA ANAK ANAK TAK DENGAR KATA BILA NAK AMBIK BUAH DALAM PAGAR RUMAH ORANG, SEBAB SELAIN BERPAGAR, RUMAH ORANG TU TAK BENARKAN ANAK AMBIL BUAH YANG DITANAM.MENCURI NAMANYA..TAPI ANAK TETAP JUGA AMBIL.MENCURI NAMANYA

 

PAS muktamadkan kerjasama selepas MKT Umno buat keputusan, kata Takiyuddin

\
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, PAS bebas berbincang kerjasama dengan mana-mana parti termasuk pembangkang.

PETALING JAYA: Sebarang keputusan berhubung kerjasama PAS-Umno akan dimuktamadkan selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) membuat keputusan mengenainya, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin bagaimanapun mengesahkan terdapat rundingan dan perbincangan sedang dibuat dalam kalangan pemimpin negeri dan akar umbi kedua-dua parti berhubung perkara itu.

“Kita akan tunggu keputusan MKT Umno terlebih dahulu. Lagipun, masih ada masa sebelum pembubaran Parlimen.

“Setakat ini, belum ada keputusan sama ada pembubaran Parlimen akan berlaku tahun ini atau 2023,” katanya lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, ditanya kesediaan kepimpinan PAS memujuk Umno untuk menghidupkan semula MN, Takiyuddin menolak untuk berbuat demikian, selain mengulangi pendirian PAS sedia berbincang dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana parti. Dalam politik Malaysia, kita bebas berbincang walaupun dengan parti pembangkang,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menjelaskan MKT Umno akan menentukan keputusan sama ada parti itu akan berunding dengan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, ADUN Rantau itu mengulas kenyataan Takiyuddin mengenai PAS kekal menganggap semua pihak yang bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah, termasuk Umno sebagai rakan ta’awun (kerjasama tolong-menolong) terutama dalam membina negara yang baik dan diredai Tuhan.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang, Ahad lalu. BN setakat ini belum memuktamadkan keputusan sama ada bergerak solo pada PRU15 atau sebaliknya.