JUJUR ATAU TIDAK PEMIMPIN MACAM INI?

 



Bila Hadi kata PAS akan teruskan rundingan dengan UMNO tapi tanpa presidennya Zahid Hamidi, aku teringat peristiwa tak berapa lama dahulu. Kisah yang jadi punca berpecahnya Pakatan Rakyat.


Masa tu Hadi dah mula merapu dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan menyakiti kawan sendiri. Hingga akhirnya DAP buat keputusan untuk teruskan kerjasama dengan PAS tanpa Hadi.


Punyalah marah PAS masa tu. Tuduh tak hormat parti orang. Tak mahu kerjasama dengan. presiden bermakna tolak seluruh parti. Padahal sengaja je buat begitu supaya PR berpecah dan PAS dapat mengendeng UMNO.


Maka akhirnya PR pun terburai. Tapi aku masih ingat yang PAS Selangor tak mahu tinggalkan PR sebab takut hilang jawatan. Masa tu MB Selangor Azmin. Si pengkhianat ni pun sibuk nak simpan Adun PAS. Rupanya dia ada plan lain dan masa tu.


Tiba-tiba hari ini, PAS  buat perangai yang sama. Nak runding dengan UMNO tanpa presiden UMNO (https://bit.ly/3cKYPnE). Eh time dia buat tak ada pula nak kata tak hormat presiden parti orang ye? PAS buat auto suci. Eh?


Aku macam dapat hidu strategi mereka. Teori aku (teori je tau), mungkin PN tengah tunggu Zahid masuk penjara. Bila ada presiden kosong, kalau buat pemilihan, dan tentu Isnail boleh menang. UMNO memang pandang yang ada pangkat je.


Sebaik jadi presiden, tak mustahil wujud kerjasama antara PN dan UMNO. Dengan cara itu, Isnail boleh kekal memerintah manakala PN terutama PPBM terselamat dari ajal. Ini pendapat aku la...


Rayuan Mahiaddin kepada PH adalah Plan B kalau Plan A ini gagal. Selain itu, Mahiaddin mungkin berharap kenyataan dia boleh sebabkan keretakan dalam PH. Manalah tau ada yang terpengaruh.


Dan sebab itu juga Mahathir pun tiba-tiba kata tak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PH. Itu pun umpan untuk undang perbalahan dalam PH. Aku yakin permusuhan antara Pejuang dan PPBM hanyalah menurut skrip. Di belakang tabir, mereka masih akrab dalam usaha pecahkan PH.


Siapa juga yang rancang ni nampak macam cerdik. Taktik ini (pecahkan PH) boleh berjaya kalau ketika ini Rafizi masih bercuti. Tapi sekarang Rafizi sudah kembali. Rasanya ini taktik yang akan makan diri.


Apa pun, PAS sekarang ni tak ubah macam pepatah lama. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Cara dia kenen UMNO sampai  cemar maruah. Syukurlah aku dah tinggalkan PAS. Alhamdulillah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.