“Dapatan dari kajian itu juga menyebut, antara faktor utama pemberi rasuah melakukan penyogokan adalah kerana mahu melepaskan diri dari hukuman sama ada berupa denda atau penjara.
“Faktor yang lain mendorong kepada penyogokan tersebut adalah kerana ingin mendapatkan keutamaan dalam sesuatu keputusan oleh agensi kerajaan seperti berkaitan dengan tender perolehan dan seumpamanya.