HAYAT MUDA TAK KEKAL TANPA PAYUNG PH

 




Aku suka ulasan Azmi Hassan ini. Memang MUDA lebih memerlukan PH dan bukan sebaliknya. Boleh baca selanjutnya di https://bit.ly/3TXFVKP.

Sebenarnya tindakan MUDA memohon menyertai PH hanya kerana mereka yakin hayat mereka tak lama kalau tanpa bantuan PH.

Masa tubuhkan MUDA, Saddiq beranggapan dia sangat popular dan pasti ramai anak muda yang akan terpengaruh dengan auranya.

Sebab itu pada peringkat awal, nadanya bongkak. Menidakkan kepimpinan DS Anwar. Sedangkan dia hingus sendiri pun tak pandai lap lagi.

Tetapi selepas PRN, baru dia tahu betapa langit itu tinggi. Sementara partinya tercungap, PH pula semakin mendapat perhatian kesan kembalinya Rafizi ke arena politik.

Atas sebab itu, sanggup dia muka tebal memohon untuk bersama PH. Sedangkan sebelum ini Saddiq lantang menolak DS Anwar sebagai calon PM PH.

Ketua AMK, Adam Adli juga kurang senang dengan permintaan MUDA ini. Adam sedar sentimen yang berlegar di kalangan ahli akan hal ini.

Sayangnya Setiausaha Agong DAP nampak macam berminat dengan MUDA. Dan aku akui, ramai amoi DAP yang angau dengan Saddiq. Mungkin Anthony nak jaga hati amoi-amoi DAP itu.

Cuma satu yang aku tak setuju dengan ulasan oleh Azmi ini. Dia kata yang Saddiq bukan pengkhianat. Bagi aku itu sangat sangat tidak betul.

Memang selepas Langkah Sheraton Saddiq masih kekal melawan UMNO. Tapi dia juga menolak PH. Itu juga khianat kerana dia menang atas tiket PH.

Saddiq juga secara sedar meletakkan calon di DUN Larkin yang ditandingi Keadilan dalam PRN Johor. Itu apa kalau bukan khianat?

Belum masuk PH, masih lagi melukut, dah berani besar kepala. Bayangkan kalau si poyo ni berada dalam Majlis Presiden PH kelak.

Bagi aku, MUDA cukup jadi ahli bersekutu. Sekadar bertanding di kerusi ihsan yang disedekahkan oleh mana mana parti komponen PH.

Terima MUDA sebagai komponen PH sama seperti minum racun. Mencabut nyawa sendiri. Perlukah penyokong PH buat petisyen menolak keanggotaan MUDA dalam PH diterima? Guane boh?

Raja Gelap