Bebaskan Negara Dari ‘Hantu’ Penjajah. Tapi parti ana diam membisu...tegur pun tidak apa pun tidak.....

 

Muhammad Fauzi Asmuni

nordptsoSe13612t 83fmr5Y0aaui3aghu f660teceui3a1tdy080s:9110  · 

Bebaskan Negara Dari ‘Hantu’ Penjajah

1. Seperti yang pernah saya kongsikan dahulu, antara punca kebanggaan saya terhadap filem Mat Kilau adalah kerana dia berani menonjolkan British sebagai penjajah yang rakus dan ganas. Dalam banyak filem lain, yang digambarkan sebagai penjajah mungkin hanya Jepun dan komunis. Ini adalah langkah menongkah arus yang berani dilakukan oleh penerbit.

2. Dua hari lepas, 8 September Queen Elizabeth II meninggal dunia setelah duduk di takhta selama 70 tahun. Beliau adalah Queen of United Kingdom sejak 1952, ketika Tanah Melayu masih lagi dijajah British. Sebahagian rakyat Malaysia dikelirukan lagi antara keperluan menyatakan simpati dan bersedih, atau teruskan hidup seperti biasa sahaja.

3. Penjajah adalah penjajah samada secara langsung atau tidak langsung. Mereka datang menyusahkan negara. Mereka membunuh. Mereka menjarah hasil bumi dengan cara paksa. Mereka mengubah budaya dan segala yang mereka boleh ubah. Mereka menghilangkan jati diri kita. Kerana itu bila mereka keluar dari negara kita, kita gembira. Kita laungkan ‘merdeka’ beberapa kali sebagai tanda kegembiraan yang tidak berbelah bagi.

4. Tapi rupanya masih ada ‘pemuja’ British di kalangan anak bangsa kita. Cadangan kibaran bendera separuh tiang, ucapan terima kasih kerana Queen Elizabeth II ‘berkenan’ mengurniakan kemerdekaan, marah netizen memanggilnya ‘beliau’ …. semua itu adalah tindakan-tindakan pelik yang menunjukkan kekaguman melampau terhadap British.

5. Ketika British datang ke Tanah Melayu dan negara Islam lain di Afrika, Tanah Arab, mereka dalam keadaan miskin. Negara mereka tiada sumber. Mereka hidup sederhaana sahaja tidak seperti sekarang. Kekayaan negara mereka datang melalui penjajahan. Dan dengan berpindahnya kekayaan itu, negara Islam pula bertukar menjadi miskin dan mundur.

6. Mereka menjadikan tanah kita sebagai ladang mereka. Mereka tanam dengan tanaman yang menguntungkan pasaran mereka dan bukannya dengan tanaman yang menjadi keperluan penduduk tempatan. Mereka tanam getah di Tanah Melayu dan mereka jual di Eropah. Orang Melayu tidak dapat untung apa pun dari getah kecuali sekadar upah menoreh. Begitulah juga dengan koko dan lain-lain. Akhirnya tanah untuk tanaman keperluan penduduk tempatan berkurangan dan tidak cukup.

7. Mereka mengaut galian yang berharga dengan cara merampas lombong penduduk tempatan. Bijih timah, emas dan selainnya pernah menjadi tempat pertumpahan darah yang sengit antara orang Melayu dan British yang berpermaisurikan Queen Elizebeth II dan keluarganya.

8. Tanah Melayu mungkin bernasib baik kerana British tidak dapat menjual manusia. Tidak seperti di Afrika Tengah, di mana mereka menangkap budak-budak Islam dan menjualnya melalui syarikat-syarikat mereka. Perniagaan menjual manusia dilakukan secara terang-terangan selama tempoh lebih dari 100 tahun. Cara fikir gila dalam mengaut keuntungan untuk kemajuan negara.

9. Mereka kukuhkan penguasaan mereka dengan penubuhan syarikat seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris. Mengumpulkan modal lalu menubuhkan bank-bank antarabangsa. Membuat sistem perdagangan yang mengikat negara-negara umat Islam. Memerangkap umat Islam dengan cara halus di dalam urusniaga perdagangan yang berat sebelah dan tidak memberi ruang kepada umat Islam untuk menguasai semula perdagangan.

10. Dan banyak lagi kerosakan lain yang dilakukan oleh British terhadap negara dan rakyat kita. Boleh senaraikan dalam satu senarai yang panjang samada dalam bidang undang-undang, atau pendidikan, atau budaya dan lain-lain.

11. Jika ada sesuatu yang kita belajar dari British, pelajaran itu adalah semangat jihad dan melawan penjajah. Itulah sahaja yang kita pelajari selama ini. Hargailah pelajaran itu kerana ia adalah pelajaran yang mahal dan kita akan sentiasa perlukannya dalam hidup kita.

Wallahu a’lam.