Keengganan PH bekerjasama dengan PN hanyalah pendapat peribadi
Rafizi, kata Mahiaddin. Tapi dia siapa nak pandai-pandai kata begitu? Rafizi
adalah Timbalan Presiden Keadilan. Rafizi ada dalam mesyuarat Majlis Presiden.
Berita penuh di sini: https://bit.ly/3pQ9y37
Apa yang Rafizi sebutkan adalah suara rakyat. Itu yang rakyat
mahukan. Jadi ianya bukan pendapat peribadi Rafizi. Tetapi pendapat peribadi
setiap rakyat Malaysia terutamanya penyokong PH dan mereka yang berakal.
Konon Mahiaddin kata PN cuma mahu melihat kestabilan politik dan
tidak mahu salah guna kuasa kembali berleluasa. Konon tak mahu lagi melihat
dana awam dibelanjakan sesuka hati, kehilangan aset negara dan lain-lain.
Tetapi siapa yang jadi punca politik kita tak stabil? Dia
sendiri. Bersama konconya atas perancangan yang dipelopori oleh Mahathir.
Kalaulah Langkah Sheraton tidak berlaku, politik kita adalah sangat stabil pada
hari ini.
Kenapa berlaku Langkah Sheraton? Kerana sikap tamakkan kuasa dia
dan Mahathir. Jadi apa beza Mahiaddin, PPBM dan BN? Sama saja. Kesemuanya gila
kuasa dan ketepikan kepentingan rakyat. Janji dapat memerintah.
Selepas Langkah Sheraton, siapa yang kutip parti yang telah
dibuang oleh rakyat - UMNO dan PAS? Dia juga! Dialah yang berikan nyawa kepada
UMNO di saat UMNO telah nazak. Bila desas desus UMNO mahu jatuhkannya muncul,
baru nak sebut kluster mahkamah. Sebelum tu?
Tiba-tiba hari ini dia jadi cakna dengan perasaan rakyat. Konon
risau keadaan negara. Masa buat Langkah Sheraton tak fikir semua tu. Lepas
khianat, sebab nak kuasa, sanggup tebalkan muka ajak PH kerjasama semula. Hey!
Tak ada maruah ke?
Jelas sangat hipokritnya. Tindakan Mahiaddin ini hanyalah usaha
membodohkan rakyat. Seolahnya rakyat tak punya akal untuk berfikir. Maka
bodohlah siapa yang percaya dan mahu bekerjasama dengan Mahiaddin. Guane boh?