ADA UMNO DI WAJAH PAS

 

ADA UMNO DI WAJAH PAS

Ucapan presiden PAS sekarang pun sudah bernuansa nasionalistik. Penekanan sebegini agak pelik jika disemak teks-teks ucapan dasar presiden 10 atau 20 tahun lalu.

Firman dan hadis tetap diselitkan dalam ucapannya. Pantun seloka tidak saja diungkap oleh pengerusi tetap, presiden parti pun bijak berpantun.

Bertanjak, bersampin dan berkeris bukan sekadar gaya kelainan dalam penampilan pada umum. Ia adalah suatu simbol yang mudah dibaca.

Saya menghirup teh panas di Hentian Puncak Titiwangsa untuk merehatkan diri yang penat bermusafir dan berfikir. Pada hujung kembara, pandangan jauh saya lontarkan pada sekumpulan anak muda berkopiah itu.

Saya berbisik, ada Umno pada wajah mereka!

Oleh DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas dan penulis buku serta esei.