Tak ada sesiapa cakap soal dendam, tiba-tiba dia bangkitkan.
Maknanya itu memang ada dalam hati dia. Lagipun BN kenakan orang tanpa perlu
dendam pun. DS Anwar dan Rafizi adalah antara contoh mangsa BN. Boleh ke nak
percaya cakap dia?
Selain soal dendam, berita ini menyebut tentang Pelan Tindakan
Masyarakat India 2.0 juga. Zahid kata kalau BN berkuasa dia nak buat pelan
begitu. Boleh baca beritanya di https://bit.ly/3L9SVcj.
Katanya dulu Najib ada buat pelan begitu dan beri peruntukan
RM100 juta. Kalau dia nanti nak buat dengan peruntukan RM500 juta pula. Bunyi
macam dia pula nak jadi PM. Kata Isnail calon PM BN. Kan?
Katanya lagi, sekarang dah tak ada pelan tersebut. Tapi kenapa
tak ada? Kenapa tak buat sekarang? Yang memerintah sekarang pun BN juga. Isnail
tu Naib Presiden UMNO kan? Takkan tak boleh buat?
Dia cakap seolah-olah sekarang dia pembangkang. Mabuk ke? Rakyat
jangan terpedaya lagi dengan janji sebegini sebab kalau dia nak buat, dia dah
buat sekarang. Kenapa nak tunggu lepas PRU15?
Lagi satu, memang boleh buat pelan. Dan memang boleh beri
peruntukan. Jangankan RM500 juta, nak beri RM50 bilion pun boleh. Soalnya,
betulkah duit itu nanti akan sampai kepada masyarakat India?
Takutnya nanti, peruntukan licin, tapi hasilnya tiada.
Masyarakat India terus ketinggalan. 61 tahun BN memerintah. Dalam tempoh selama
itu, kalau BN tak cekik duit, bukan setakat masyarakat India, semua kaum dah
lama hidup sejahtera. Guane boh?