Polis melakukan serbuan
dan merampas wang tunai serta barangan lain di Pavilion Residence pada 17 Mei
2018 yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -
Gambar fail
Keputusan sama ada akan
dipulangkan atau tidak barangan mewah milik Datuk Seri Najib Razak dan Datin
Seri Rosmah Mansor akan diumumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 November
nanti.
Puluhan
barang kemas, jam mewah dan beg tangan bernilai jutaan ringgit milik pasangan
tersebut dirampas pihak berkuasa semasa serbuan di sebuah kondominum Pavilion
Residences yang didaftarkan atas nama Obyu Holdings Sdn Bhd.
Pengumuman
tarikh keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas
mendengar mendengar hujahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan peguam yang
mewakili Najib dan Rosmah.
Dalam
permohonan tersebut, pendakwa raya mem inta untuk merampas 2,435 barang kemas,
tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang dirampas daripada unit kondominium itu
pada 17 Mei 2018; dengan kedua-dua Najib dan Rosmah menamakan diri mereka
sebagai penuntut kepada barang yang dirampas.