TAK PAKAI MERCEDES TAK GILA POMPUAN MENIKAH 2-3
Beginilah kehidupan peribadi ulama tafsir yang pernah hidup di
zaman kita, Sheikh Ali As-Sobuni.
Beliau baru sahaja wafat tahun lepas iaitu pada 19 Mac 2021.
Baru-baru ini anak beliau memuat naik status di media sosial
menceritakan kehidupan peribadi ayahnya yang sangat menginspirasikan kita
semua.
Anak beliau menulis :
"Tempat ini mempunyai memori yang sangat banyak. Sewaktu
ayahku masih hidup, beliau berada di sini siang malam.
Setiap hari seawal jam 3 pagi, ayah akan bangun untuk solat
tahajjud terlebih dahulu. Selesai solat, aku akan dengar suara tapak kakinya
berjalan dengan berhati-hati kerana takut mengganggu kami tidur.
Kemudian ayah akan duduk di perpustakaan dan menyalakan lampu
mejanya dan akan mula menulis.
Sebelum azan subuh berkumandang, ayah akan bangun dan mengambil
kunci kereta dan sejadah untuk solat di masjid dan akan baca al-Quran sebanyak
3 juzuk bersama temannya di masjid.
Setelah pulang ke rumah, ayah akan sarapan bersama kami dan akan
kembali untuk menulis sehingga jam 10.30 pagi. Kemudian beliau akan terus tidur
sebentar (qailulah).
Begitulah rutin harian ibadah ayahku."
Anak beliau menceritakan lagi bahawa ayahnya banyak kali akan
bangun tidur dan terus menuju ke perpustakaan untuk menulis dan apabila anak
beliau bertanya bahawa ayahnya tidak letih kah bangun tidur semula, sedangkan
ayah sudah hampir terlelap tidur?
Lalu ayahnya menjawab :
"Waktu itulah kefahaman akan datang untuk aku menafsir ayat
al-Quran, aku takut kefahaman tersebut hilang begitu sahaja, sebab itulah aku
bangun dan terus menulis.
Sahabat sekalian, para ulama adalah individu yang mesti kita
contohi kehidupan mereka kerana mereka merupakan individu yang sangat ikhlas
memperjuangkan agama ini.
Kredit : Hala Sabouni
Terjemahan : Kun Anta