UMNO yang penakut, tidak berani guna logo sendiri - TMB Kelantan
& Naib Presiden PAS
KOTA BHARU: UMNO sesuai dilabelkan sebagai parti ‘penakut’
apabila tidak pernah berani untuk menggunakan logo sendiri setiap kali
berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, dalam
sejarah politik tanah air, UMNO tidak pernah sekali pun menggunakan logo mereka
setiap kali bertanding dalam PRU sebaliknya bergantung kepada lambang lain seperti
Perikatan dan Barisan Nasional (BN).
“Siapa sebenarnya yang takut dalam soal ini?” Soalnya dengan
menegaskan dakwaan mengatakan Pas takut untuk menggunakan lambang sendiri
tidak betul.
“Kalah atau menang Pas tetap teguh menggunakan logo parti ini.
Sebaliknya UMNO tidak pernah berani menggunakan logo mereka,” kata Mohd. Amar
yang juga Timbalan Menteri Besar
Kelantan selepas Majlis Makan Malam Dialog Kemakmuran Ekonomi
dan Pembangunan Negeri Kelantan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, di sini,
semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan Pas sedang mengalami
krisis keyakinan diri dan tidak lagi yakin dengan kekuatan mereka apabila
sentiasa menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam
berpolitik.
Sumber: Utusan Malaysia (28 Julai 2022)
Kiriman: Noor Azam
-------------
Like Facebook Kelantan State - Tourism
Like Facebook Kelantan State TV
Join Group FB : https://www.facebook.com/groups/415189197047059/?ref=share
Instagram: https://www.instagram.com/kelantan_state/