DrNorwaliza Abdul Wahab
Some Malays have very horrible attitudes. Hollier thn thou and
very judgemental.
Sedangkan agama kita sentiasa menyuruh kita untuk sentiasa
menghormati orang lain walaupon yang berlainan agama. Tetapi tidak. Mereka
tetaplah lebih suka mengecam dan menghina dari memilih nilai-nilai yang lebih
baik seperti hormat-menghormati, sayang-menyayangi atau bertoleransi.
Bila dah kalah,
Serang agama orang pula.
Allahu.
1. Kita siapa nak judge orang? Memang dah book syurga is it?
2. Apa yang kita dah bagi semula kepada komuniti? Kalau kucing
tepi jalan pun kita sepak, harap kita sedar diri sikit.
3. Kadang bila bertindak ikut nafsu, orang boleh nampak yang
kita ni betul tak berilmu. Orang boleh nampak kita macam tak lepas form 2.
4. Bila dah kalah, cuba serang benda lain pula. Malunya. Serang
agama orang pula tu. Allah. Malunya.
5. Cik puan, memang betul. Selamat atau tak selamat tu adalah
ketentuan Dia. Memang tuhan yang selamatkan.
Tapi, yang menjadi asbabnya adalah Dr. Amalina.
Allah dah tentukan Dr. Amalina ni menjadi perantara bantuanNya.
Doa mak ayah adik Ainul ni Allah jawab, dan Allah gunakan Dr.
Amalina sebagai pakar bedahnya.
Dan kalau saya sebagai Dr. Amalina, terpilih menjadi seseorang
yang akan bantu adik itu, tu adalah blessing bagi diri ini, satu rahmat dan
satu rezeki bagi keluarga adik tersebut.
6. Dan jadi sekali-kali gaduhkan perkara keagamaan. Perangai
kita mencerminkan nilai agama dalam diri kita.
Allah dah turunkan surah yang khusus mengenai hal ini dalam Al
Quran.
Ikut macam baginda tersayang Nabi kita, hormat semua orang.
Tak kira bangsa dan agama. Muda dan tua.
7. Sifat yang rasa diri kita lagi bagus dari orang lain ni,
adalah sifat Firaun. Sifat Haman, sifat penjahat Quraisy, sifat
Iblis bila Allah present Adam a.s. kepada semua.
Jangan pernah sekali judge orang. Jangan pernah label orang.
Allah tulis jalan hidup kita tak sama.
(Untuk diri saya juga )
8. Akhir sekali, kan, guys.
Hormat satu sama lain. Jangan jadi nila. Pengajaran bukan saja
untuk akak, tapi untuk semua, saya juga. Jaga perasaan orang. Guris hati &
perasaan orang, susah nak setel di mahsyar weyyhh.
Tunjukkan nilai keperibadian yang elok sesama kita. Baru Allah
sayang.
Salam Maal
Hijrah. Yang tak baik tahun lalu, buang jauh2.