TAK SANGKA
ZAID LEBIH HEBAT DARI SHAFEE
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 08/08/2022
( 1 - 26 )
1.
Apakah perlantikan Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu
MEMBELASAH Najib dan Apandi ada kaitan dengan Tun Tengku Maimun
Tuan Mat , Ketua Hakim Negara yang kebetulan lahir di
Kelantan juga ( sila tonton video ucapan Zaid )
2. Jika itu sebab
nya , saya fikir itu satu kesilipan besar kerana umum tahu Tun
Tengku Maimun merupakan seorang Hakim yang terkenal dengan prinsip ,
TIDAK boleh dijual beli atau dipengaruhi oleh sesiapa pun TERMASUK Agong
, kawan rapat Najib
3. Sebagai Ketua
Hakim Negara , Tun Tengku Maimun HANYA berpegang kepada
Perlembagaan dan Undang - Undang bukan suapan dan mengejar pangkat
dan mementingkan jawatan
4. Kini Najib
diperingkat akhir rayuan , Mahkamah Persekutuan ; jika didapati
bersalah , Najib akan dibawa terus ke penjara tanpa berlengah
5. Perbicaran kes
SRC ini yang bermula pada 2019 , telah menyaksikan begitu
banyak penangguhan
6. Jika
perlantikan Zaid Ibrahim ini bagi menangguhkan sekali lagi
Perbicaraan Mahkamah maka ia ternyata TIDAK BERJAYA apabila
Mahkamah Persekutuan sendiri mengarahkan tarikh rayuan
beliau dikekalkan bermula 15hb Ogos ini selama 10 hari
7. Jika
Zaid Ibrahim LEBIH HEBAT dari Shafee
Abdullah yang pernah mendabek dada dengan menyatakan beliau
adalah peguam yang terhandal , mengapa Najib MEMECAT Shafee
dan melantik Zaid ? ; mengapa tidak menggunakan perkhidmatan Zaid
dari awal perbicaraan lagi ?
8. Rakyat
khususnya Hakim - Hakim dan Peguam AMAT
TERSINGGUNG apabila Agong dilihat meraikan Najib dan Rosmah
di Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara dan seolah - olah tidak
cukup lagi beliau meraikan Najib di Istana Pahang di
Kuantan sempena menyambut Hari Raya
9. Apa
peranan Peguam Negara dan Penasihat - Penasihat Agong
yang dengan bangga nya meraikan PENCURI yang telah
didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan 3 orang Hakim Mahkamah
Rayuan ? atau apakah Agong TIDAK PEDULI nasihat
mereka dan reaksi rakyat ; Agong
sepatutnya menjaga dan memelihara nama baik Institusi Raja
Berpelembagaan BUKAN buat sesuka hati
10. Apa yang
dilakukan Agong TIDAK akan dilakukan oleh Ratu atau
Queen Elizabeth di England , malah Queen sendiri
MELUCUT semua jawatan dan gelaran dari Prince Andrew , adik
Prince Charles yang merupakan anak kandung nya sendiri bagi menghadapi
Perbicaraan Mahkamah nanti kerana skandal hubungan seks beliau hasil
pergaulan dengan dengan Jeffrey Epstein , seorang Ahli
Perniagaan Amerika Syarikat
11. Pertama kali
Agong melakukan kesilapan apabila membenarkan diri DI
TIPU oleh Mahiaddin berhubung angka yang konon nya menyokong
beliau sebagai Perdana Menteri
12.
Kesilapan kedua apabila beliau TIDAK MAHU berjumpa Tun Dr.
Mahathir dengan menutup pintu Istana bagi memaklum kan jumlah angka
sokongan sebenar yang di perolahi sedangkan Istana Negara
ADALAH HAK RAKYAT ; Agong hanya menumpang selama
5 tahun secara bergilir - gilir atau selama mana beliau memegang
jawatan tersebut
13. Istana
Negara akan didiami oleh Agong baru sama ada tamat tempoh 5 tahun
atau mengikuti jejak langkah Muhammad V , Sultan Kelantan yang merupakan
Agong pertama meletak jawatan selepas 2 tahun
14. Rakyat
mula mempersoalkan di mana Sumpah Setia Agong
tatkala menerima jawatan dulu - memerintah dengan
ADIL DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG -
UNDANG ?
15. Apakah Sumpah
itu hanya untuk hari itu sahaja ?
16. Alasan
mengatakan mereka berdua bersahabat sejak di bangku sekolah lagi, dan Najib
pula mempunyai gelaran keturunan 'Orang Kaya - Kaya Pahang TIDAK boleh diterima
17. Abdullah
atau nama pendek nya Dollah yang mungkin diguna oleh arwah bapa nya apabila
mereka berduan - Wallahualam ! SEPATUT NYA tahu dan boleh
membezakan diri , kini mereka bukan lagi dibangku sekolah
18. Abdullah kini
sudah berjawatan AGONG , dan Najib pula , bekas Menteri Besar
Pahang dan Perdana Menteri yang telah didapati bersalah
MENCURI wang negara/rakyat melalui 1MDB dan anak
syarikat nya , SRC
19. Baru - baru
ini Tengku Zafrul , Menteri Kewangan mengumumkan hutang negara kini
sudah mencecah RM1.04 Trillion dan hutang 1MDB
RM32 Billion
20. Apa kah
kumpulan yang dibayar 'MALU APA BOSS KU' dan
pengampu beliau sanggup menyelesaikan hutang 1MDB atau
biar saja anak cucu mereka menanggung beban yang dilakukan Najib
dan isteri
21. Apa pun
alasan yang digunakan Najib MEMECAT Shafee pada saat -
saat akhir Rayuan di Mahkamah Persekutuan pasti punyai sebab dan reaksi :
i.
MENGESAHKAN Zaid lebih hebat , berwibawa dan lebih berkeliber
dari Shafee Abdullah
ii.
MENGANTIKAN Jonathan Laidlaw , Queen Council dari
Englang yang ditolak permohanan nya oleh Mahkamah
iii. USAHA
terakhir Najib melewat - lewatkan pendengaran Perbicaran Mahkamah Persekutuan
isu SRC , jika didapati bersalah beliau akan terus dibawa ke penjara
22. Pada bulan
September ini Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan
Najib dan anak nya dalam kes Lembaga Hasil Dalam Negeri atau Income
Tax yang melibatkan wang sebanyak RM1.7 Billon
23. Kes
meminda Lapuran Audit dan kes 1MDB sedang dalam
perbicaraan
24. Jika Najib
kalah dalam semua kes ini , ia bermakna beliau akan merengkok dalam
penjara sekurang - kurang nya 40 tahun
25.
Difahamkan Najib juga berhadapan dengan Mahkamah di Perancis dan New York
26. SEGALA
USAHA PENGAMPUNAN MISTI MELALUI PROSES TERTENTU
; AGONG TIDAK ADA KUASA MEMBERI PENGAMPUNAN
SESUKA HATI
Wassalam
Terima Kasih