Tadi seorang mangsa scammer datang mengadu.

 





Tadi seorang mangsa scammer datang mengadu.

Mak saya kena scam RM75,000 simpanan Official : Lembaga Tabung Haji dalam masa 15 minit. Dia pula hilang RM50,000 simpanan bank komersial dalam masa 10 minit. Sedih bercampur marah bila saya dengar.

Caranya lebih kurang sama:

1) Panggilan dari ‘bank’ kata dia ada transaksi walaupun dia tak ada akaun dengan bank itu;

2) Panggilan transfer ke ‘Bank Negara Malaysia’, untuk bantu buat ‘laporan polis’;

3) Panggilan transfer ke ’balai polis’, yang minta maklumat akaun bank mangsa.

Saya lihat SOP atau modus operandi bagi kes-kes scammer ni semuanya hampir sama. Semua transaksi besar dalam jangkamasa pendek. Semua melibatkan OTP. Semua menyamar sebagai orang berkedudukan dalam badan berpengaruh.

Yang sangat menyedihkan, saya tidak lihat bank-bank proaktif untuk halang SOP ini dari berterusan. Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) juga hanya mampu keluarkan peringatan sahaja - kita tak dengar langkah proaktif yang diambil untuk ubah undang-undang atau proses perbankan yang disalahguna syaitan-syaitan scammers ini.

Mengapa jika RM660 juta dicuri dari 20,000 mangsa scammers setahun, Kerajaan tidak mengarahkan bank-bank komersial untuk meletakkan ‘circuit breaker’ bagi transaksi besar yang dibuat dalam jangkamasa pendek?

Kenapa bank-bank nampak begitu lemah longlai dan tidak bersikap pro-rakyat dalam bab scammer ni?

Mana Menteri Kewangan, Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam hal ini? Mana Taskforce Jihad Menentang Syaitan Scammers?

Kenapa kepala-kepala scammers ini masih tidak dihumban ke dalam penjara dan segala operasi mereka dihancurkan?

Atau adakah kita hanya menunggu saat mangsa-mangsa scammer ini bangkit dan lawan??