RASUAH MENJEJASKAN KESELAMATAN
NEGARA DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM
1. Skandal Kapal tempur(LCS) untuk Tentera Laut Malaysia telah
didedahkan di Parlimen dalam laporan PAC baru-baru ini. Segala usaha dari PH
untuk selamatkan negara dari penyakit rasuah yang sistemik telah dikhianati
atas sentimen perkauman dan agama sempit. Namun setelah pengkhinatan mereka,
satu persatu skandal dari pimpinan politik orang-orang Melayu terus terbongkar.
Lebih menggerunkan institusi orang Melayu /Islam seperti LTAT dan Tabung Haji
menjadi mangsa oleh scam perjuangan Melayu/Isle. Walaupun hanya 22 bulan, PH
berjaya memulakan langkah pemulihan ke atas kedua institusi ini.
2. Apa yang didedahkan oleh PAC ialah dari legasi era 'Bossku'
sebagai PM dan Zahid serta Hishamudin sebagai MENHAN (2009-2014) ketika itu.
Parti Melayu yang melaungkan patriotism negara dan ketuanan orang Melayu bukan
sahaja menipu orang Melayu tetapi membahayakan keselamatan perairan negara
dengan kegagalan projek ini akibat rasuah.
3 LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) menjadi mangsa skandal
terkini kapal tempur LCS di mana perjanjian dgn BNS (Boustead Naval Shipyard)
ditandatangani pada 2014 bernilai RM 9 Bilion , sepatutnya siap 6 buah kapal
pada Ogos 2022 setelah kerajaan membayar RM 6bilion namun satu kapal pun tak
sampai. LTAT adalah untuk kebajikan veteran yang rata-rata Melayu/Islam. LTAT
ada kepentingan 50.8% secara tak langsung melalui BHIC (Boustead Heavy Industry
Corporation) dan 10% kepentingan langsung dgn BNS. Sebelum ini LTAT dengan
kewangan yang kritikal tetap memberi dividen atas campurtangan politik dan
kelompok tertentu yang meraih keuntungan walaupun kebajikan tentera tidak
banyak ditangani.
4. Arahan LTAT oleh 'Bossku' untuk membeli syarikat swasta
bernilai RM 550juta untuk kuatkuasa AES yang rugi. Ini dideahkan oleh laporan
PAC. PH telah selamatkan LTAT dengan menebus kembali RM550juta. Seluruh ALP dan
Ketua Eksekutifnya ditukar untuk memulihkan LTAT semasa kerajaan PH.
5 Ketika TH (Tabung Haji) mengalami masalah kewangan yang sama,
sejak 2014 dividen dibayar tinggi tidak patuh akta dan kerugian tidak
direkodkan manakala keputusan dibuat dengan campurtangan politik, tiada bezanya
dengan LTAT. Peliknya TH terus diserang dan difitnah walaupun Jabatan Audit
Negara untuk Kewangan TH tahun 2019,2020, 2021 memperakui kejayaan hasil
penstrukturan-semula TH di bawah kerajaan PH. Buktinya TH hari ini mampu
membeli bangunan Minster Building di London bernilai RM1.32B walaupun tidak
disebut harga perolehan.
6. Sedarlah rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu, kita
tidak boleh kekal diperbodohkan oleh kelompok yang guna perkauman dan sentimen
Melayu. Kita perlu berhijrah kepada politik Nilai dan Ide barulah negara ini dibersihkan
dari perompak dan pengkhianat yang jadikan sentimen kaum dan agama sehingga
menjejaskan kebajikan pendeposit majoriti Melayu/Islam dan keselamatan negara.
Cukup-cukuplah kita menjadi mangsa oleh penunggang agama dan kaum.
DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti AMANAH
Pengerusi PH Perak
Ahli Parlimen Parit Buntar
6 Ogos 2022