PERWIRA
Ayah saya merupakan pesara tentera. Code name saya panggil dia
ialah “Kolonel”. Itu jawatan terakhir beliau sebelum bersara.
Sejak kecil, saya dibesarkan dalam kem tentera. Isu perajurit
ini cukup dekat di hati saya.
Baru-baru ini, terdapat 2 skandal besar melibatkan Kerajaan BN
terdahulu dan menjejaskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Skandal ini
rakyat terutamanya veteran ATM kena faham dan hadam.
Dua isu ini telah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC) di Parlimen. Dan sekarang dispin2 oleh team spinner Najib Razak.
1. Isu LCS
- kapal tempur TLDM kita bayar dah RM6 bilion sejak tahun 2011,
namun selepas sepuluh tahun sebutir pun kita tak terima. Patutnya dah terima 6
buah kapal kesemuanya.
- Bukan setakat tak deliver, siap ada mark up harga lagi RM3B.
Tambah kos pula. PAC dapati ada ketirisan sampai RM1.4B.
- Yang jadi PM masa tu ialah Najib Razak. MENHAN pula ialah
Zahid Hamidi. Geng Klepto juga punya angkara.
2. Isu AES LTAT
- LTAT diminta ambil alih program gagal AES daripada syarikat
kroni. Patutnya nilaian take over hanya RM280 juta. LTAT dipaksa beli sampai
RM555 juta. Nampak sgt ada kickbacks di situ. Siapa yang dapat cuba bagitau?
- Najib kata LTAT patutnya buat untung drpd projek ni. Boleh
collect saman dan sebagainya. Masalahnya AES ni projek fail dari mula. Dengan
banyak rosak nya mesin AES ni. Dan samannya pula AGC sendiri tak persetujui.
Mana datangnya LTAT boleh buat duit?
MO Geng Klepto ni sama tuan puan. Diaorg rompak Tabung Haji,
KWAP dan LTAT. Keluarkan duit untuk bagi kroni, pastu claim ditipu lagi.
Nak cover, mereka bake the account untuk bagi dividen tinggi.
Cer check Laporan Audit Tabung Haji. Sekarang boleh juga check audit report
LTAT. Sama saja MO rompakan mereka. Melayu tertipu jua.
Apa impak LTAT makin tenat? Tengokkan nasib veteran kita. Jurang
pencen antara yang lebih senior dan junior. Mereka hanya dapat RM1500 sebulan
sahaja. Ada OKU dan orang2 tua.
Kalau betul Najib hero rakyat masa itu, kenapa veteran kita
banyak yang merempat. Sampai mereka kena buat demonstrasi aman?
Mereka perwira kita. Berjuang habis2an untuk negara. Jagalah
mereka…
Dapat politikus musang berbulu ayam, merompak harta negara dan
mengayakan diri sendiri. Sekarang tangan pula dia nak cuci…
Nauzubillah… Janganlah di angkat lagi pemimpin sebegini…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
#mangsascamJhoLow
#kebengongan #berpisahtiada