RAFIZI BAKAL DEDAH LAGI BANYAK SCANDAL- TAPI YANG BODO PIANG TAK MAU BACA BIASA LA...OTAK BEKU-HIDUP MINDA MISKIN JIWA PENGEMIS

 



Projek LCS: Rafizi dakwa mirip 1MDB, bakal dedah lebih banyak penyelewengan



Astro Awani
Projek LCS: Rafizi dakwa mirip 1MDB, bakal dedah lebih banyak penyelewengan
Timbalan Presiden PKR itu mendakawa modus operandi perolehan kapal LCS mirip 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) mirip kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sehubungan itu beliau akan mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur (LCS) bernilai RM9 bilion yang diberikan secara rundingan terus itu.
Katanya, satu persatu penyelewengan yang berlaku akan ditunjukkan dalam tempoh sebulan ini termasuk syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan didakwa untuk melarikan wang.
"Modus operandi tak ubah macam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dahulu.
"Masaklah Najib (Datuk Seri Najib Razak) kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi lemah semasa dia jadi Perdana Menteri, selama ini dia fitnah kononnya semua orang jual aset negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Rafizi turut menempelak Najib yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam isu LCS dalam kenyataan di Facebook.
Sebelum ini Najib menerusi catatan di laman Facebook mendakwa, PH telah melewatkan dan membekukan sepenuhnya projek LCS pada 2019.
Katanya, projek berkenaan masih berjalan semasa pemerintaan BN dan kapal pertama sepatutnya diserahkan pada 2019.
Mengulas lanjut Rafizi berkata, hujah bekas Perdana Menteri itu untuk melepaskan diri daripada skandal tersebut terlalu lemah.
"Saya sudah baca putar alam #SayaPutarJib yang ditulis admin Najib Razak untuk cuci tangan skandal RM9 bilion kapal perang. Lemah sangat putar alam Najib kali ni.
"InsyaAllah kali ini Perdana Menteri Facebook ni akan kena sebab dia tidak boleh lari dalam hal skandal kapal perang ni. Akhirnya akan balik kepada dia juga. Sepupu dia pun akan cepat-cepat tuding jari kat dia untuk selamatkan diri," katanya.
Pada Khamis, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan selesai mengadakan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 dan yang terakhir pada 8 Mac lepas dengan memanggil beberapa saksi dan hasil prosiding itu mendapati kontrak projek LCS diberikan kepada syarikat BNS (Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd) secara rundingan terus dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion, namun tiada sebuah kapal LCS disiapkan.