https://wrlr.blogspot.com/2022/08/catatan-sagon-senarai-konsert-akan.html
NORMAN RADZUAN
Pelbagai cerita mengenai konsert Billie Eilish ingin ku
sampaikan di pagi minggu yang santai ini. Aku kenal penyanyi ini menerusi lagunya
Lovely yang dimainkan anak di dalam kereta.
Baiklah aku terbuka mengenai kehadiran Billie. Apapun untuk aku
sudah tentu tidak akan pergi kerana ia bukan jiwa aku untuk menontonnya ( lagu tak
sesuai dengan jiwa atau usia ) tetapi untuk anak muda sebaliknya.
Aku terlihat di Tik Tok seorang anak muda menceritakan dia
keluar rumah dari jam 4 pagi ke Stadium Bukit Jalil… what? Konsert mula jam 9
malam kau hadirkan diri jam 4 pagi.
Kalau orang pergi masjid jam 4 pagi sedangkan solat Subuh 6 pagi pun
kena tuduh ekstrim. Begitulah masyarakat kita untuk artis dipanggil ‘die hard
fan’ tetapi untuk tujuan agama dipanggil ‘ekstrim.’ Kesian org agama kan.
Okay selesai bab itu. Aku nak sentuh tentang penganjur pula. Aku
rasa kelakar bila melihat cara penganjur ini menyediakan set pentas. Aku rasa
penonton terpaksa bawa teropong untuk konsert tersebut. Penonton bayar tiket pada harga RM 500 untuk tengok rumput je la… punya jauh.
Okay next… aku ada terlihat aksi Nabil yang berkopiah dan berjubah
menzahirkan kekesalan atau kesedihan apabila lupa tarikh konsert tersebut. Dia
beritahu kerugian RM 2,500 apabila sudah membeli tiket tersebut untuk
keluarganya.
Kenapa Nabil beraksi begitu dan selepas itu beritahu tidak
kesal. Sedangkan aksinya menunjukkan dia bersedih sangat. Aksinya dengan berkopiah dan
berjubah berbuat demikian mendapat kecaman netizen…sebenar tak perlu Nabil
berbuat demikian. Apa dia nak show off banyak duit atau trending ?
Yang terakhir paling tragedi mengenai PAS. Masihkah kita ingat di
zaman BN dan PH memerintah setiap kali muncul artis-artis luar negara… anak-anak muda
parti ini lah yang keluar demontrasi membantah.
Malah Billie yang dikatakan pro LGBT menerusi singlenya ‘Wish You
Were Gay’ langsung tidak mendapat bantahan awal. Bila dah habis atas dasar
politik baru lah ada mamat ini bersuara bantah.
Sedangkan Menteri Agamanya dari PAS hingga sekarang diam membisu. Sangat
hipokrit dan jelas memperdagangkan agama untuk tujuan peribadi. Bila orang lain
ingin berbuat demikian dikatakan tidak Islamik, Islam Liberal, Islam Terancam,
subahat, tunduk pada Cina, Jangan Terlibat dengan konsert haram dan bermacam macam
lagi.
Tak apa lebai masih ada banyak konsert lagi untuk anda berdemontrasi.
Lepas ini ada konsert Dewa19, Fourtwnty, Boys Like Girls, Justin Bieber, Calum
Scott dan beberapa artis lagi. Kita harap Menteri "al fulus fi dunia wal
mampus fil akhirat” bersuara… Islam terancam skg ini… tak akan nak biar LGBT
berkembang.
JANGAN LUPA DERIS SAGON....INGAT TU WALAUN. SENARAI KAT ATAS ADA TU.