Sekiranya peguam Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik kekal dengan pendiriannya, ini bermakna pihak pembela tidak akan membuat hujah pembelaan pada Selasa depan.
Tengku Maimun: Tidak mengapa. Kami akan tunggu… pada Selasa (23 Ogos) dan kita tengok macam mana.
Kamu ada tiga hari (Sabtu, Ahad dan Isnin). Jangan beritahu kami bahawa kamu tidak bersedia untuk berhujah bagi mana-mana 94 alasan dalam petisyen rayuan.
Tidak mengapa jika tidak bersedia untuk memfailkan hujahan bertulis. Boleh berhujah secara lisan.
“Kita akan meneruskan seperti yang dijadualkan,” katanya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/632707
Persoalan utama ini, apa jadi jika Hisyam tetap dengan pendiriannya tidak mahu membuat sebarang penghujahan pada Selasa, 23 Ogos nanti?
Apakah ini bermakna, sebagaimana jadual kes rayuan Najib ditetapkan mulai 15 hingga 26 Ogos dan disebabkan hujah pendakwa tidak disanggah oleh pembela yang enggan membuat hujahan, maka akan lebih mudah bagi Mahkamah Persekutuan membuat keputusannya?
Adakah 26 Ogos nanti kita semua akan tahu apa nasib Najib? – ShahbudinHusin 19/08/2022.