Kenyataan Media
7 Ogos 2022
Saya telah mengadakan mesyuarat bersama semua Ketua Cabang
KEADILAN negeri Pahang petang ini bagi urusan pelantikan Pengerusi Majlis
Pimpinan Negeri (MPN).
Saya telah mengemukakan nama saudara Amirudin Shari sebagai
Pengerusi MPN Pahang dan setelah mendengar pandangan, semua Ketua Cabang
sebulat suara bersetuju dengan pelantikan tersebut.
Semoga lantikan ini akan memantapkan lagi gerak kerja KEADILAN
di Pahang serta mampu menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU-15).
ANWAR IBRAHIM