Kenyataan Media Bersama mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong pada 8 Ogos 2022



DULU MASA PH FB MMP SELALU DESAK BELI JET PEJUANG BARU DAN JUGA KREADIBILITI 2 MENTERI NI. SEKRANG AKU TAK TAU LAH APA KOMEN KAT FB MELAYU ISLE TU..KAH..KAH..KENA PEMBOHONG...BODO SAMPAI TUA...


Kenyataan Media Bersama mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong pada 8 Ogos 2022

 

Segera nyahklasifikasikan tiga dokumen penting bagi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS)

 

Projek LCS menjadi perhatian selepas laporan PAC berkenaan skandal tersebut diterbit dan dibentangkan di Parlimen pada hari Khamis (4 Ogos) yang lalu.

 

Kami menyeru agar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan membuat keputusan di mesyuarat kabinet pada hari Rabu ini untuk nyahklasifikasikan dokumen-dokumen penting berikut supaya seluruh rakyat Malaysia lebih memahami isu di belakang skandal LCS dan kami dapat bersama mencari jalan penyelesaian.

 

Tanpa nyahklasifikasi dokumen-dokumen ini, banyak soalan akan kekal tidak terjawab.

 

Pertama, kami menyokong cadangan PAC untuk nyahklasifikasikan “Laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia” terbitan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang. Laporan ini mempunyai maklumat kewangan yang tidak termasuk dalam laporan PAC.

 

JKSTUPKK ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei 2018 di atas gesaan Menteri Pertahanan pada masa itu, Mohamad Sabu.

 

Dokumen kedua yang perlu dinyahklasifikasikan adalah laporan pengauditan forensik projek LCS dari tahun 2019 oleh Boustead Naval Shipyard (BNS). Pengauditan ini dilaksanakan oleh firma audit Alliance IFA.

 

Laporan pengauditan forensik ini amat penting kerana mempunyai butiran tentang pihak yang bertanggungjawab di peringkat operasi projek.

 

Ketiga, nyahklasifikasikan 10 pucuk surat yang ditulis oleh mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz bin Jaafar yang memegang jawatan tersebut dari 1 April 2008 hingga 17 November 2015.

 

Berikut adalah kenyataan Dr. Aziz semasa prosiding PAC:

 

“Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan, saya kata, “Something is gravely wrong”. So, saya tidak mengeluarkan kenyataan- kenyataan ini di luar tapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa I have registered my greatest disappointment to everyone that was supposed to be listening to me.”

 

“Despite all the letters, despite seeing personal presentation to all those sama ada KSU, Yang Berhormat Menteri, KSN, KSP dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, we were fighting a losing battle.” (PAC Report, Point 5.1.1 C iii, pages 19-21)

 

Kami amat kecewa melihat teguran dan amaran beliau tidak dilayan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

Untuk mendapatkan jalan keluar bagi skandal LCS yang melibatkan berbilion ringgit, kabinet Malaysia perlu segera nyahklasifikasikan dokumen-dokumen ini.

 

Mohamad Sabu

Mantan Menteri Pertahanan

 

Liew Chin Tong

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan