NORMAN RADZUAN
Masih ingat 4 tahun lalu nilai rampasan RM 1.1 billion
KENAPA SALAHKAN HAKIM & PM ISMAIL ?
Jika kita bencikan rasuah (wang haram) atau salah guna kuasa
mengapa perlu berang kpd Ketua Hakim, Tun Maimun dan juga Perdana Menteri, Ds
Ismail? Mengapa timbulkan naratif Hakim tidak adil dan ‘kejam’ tidak mahu
bertolak ansur?
Kes Najib ini bukan sahaja hanya dihukum oleh Tun Maimun tetapi
kesemua Hakim dari Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim2 Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Perseketuan membuat keputusan yang sama.
Kes Najib ini sangat jelas tanpa keraguan. Tapi mengapa Ismail
Sabri yang hanya tidak mahu campurtangan disalahkan? Adakah jika campurtangan
berlaku dan Najib bebas itu dinamakan ‘Kedaulatan Undang-undang’ atau adil? Ini
negara apa jika begitu caranya?
Masihkah kita ingat jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas
di kediaman Najib ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion menurut Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ketika itu, Amar Singh Ishar
Singh.
Begitu banyak barang rampasan tersebut.Pasukan polis terpaksa
mengerahkan 150 anggota polis untuk mengira jumlah rampasan tersebut. Wang tunai
dari pelbagai matawang sahaja berjumlah RM 114 juta dan mengambil beberapa hari
untuk mengiranya.
Sebanyak 12,000 pelbagai barang kemas ditemui dalam 25 daripada 72
beg dirampas polis. Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan
subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.
Daripada jumlah itu sebanyak 2,200 unit adalah cincin, 1,400
rantai, gelang tangan 2,100 unit, subang 2,800 unit, kerongsang 1,600 unit dan
tiara 14 unit. Barang paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian
putih berharga RM6.4 juta.
Tidak cukup dengan itu 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti
Hermes, Prada dan Chanel serta Bijan. Beg tangan Hermes saja bernilai kira-kira RM51.3 juta dan paling mahal berharga RM1.6 juta.
Selain itu, turut dirampas 234 cermin mata hitam seperti Gucci
dan Dior kesemuanya bernilai RM374,000. Sebanyak enam beg mengandungi 423 utas
jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.
Manakala jam tangan paling mahal dirampas adalah Rolex Paul
Newman Daytona bernilai RM3.5 juta, Chopard (RM2.5 juta), Richard Mille (RM1.6
juta). Ini harta di rumah belum lagi harta Ismet Ulam Raja di luar negara.
Sepatutnya kita seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman
parti, bangsa atau agama tidak perlu berang malah bersyukur dengan keputusan mahkamah.
Ini kerana seluruh dunia memerhati Malaysia adakah masih ada
keadilan Kehakiman negara. Implikasinya sangat besar jika dunia tidak percaya kepada kehakiman negara. Ekonomi negara boleh merudum atau musnah.
Bayangkan RM 1.1 billion itu boleh membina berpuluh buah sekolah
atau membina jambatan untuk anak-anak pendalaman Sabah yang setiap hari bertarung nyawa
untuk ke sekolah.
Kes Najib ini merentasi parti. Ia adalah kepentingan rakyat.
Benar Ustazah kita tidak perlu menghina tetapi dalam masa sama tidak perlu bersimpati.
Malah hukuman ini sangat setimpal dengan apa yang dilakukannya. Kita
mesti ingat ada 4 kes yang lebih besar dari kes ini melibatkan jumlah berbillion
ringgit yang akan dilalui Najib.
Yang saya hairan dalam di mahkamah tu yang makcik menangis dan meroyan
tu kenapa? Sedangkan adik beradik Najib tiada pun kita nampak di mahkamah menangis
(betulkan jika saya salah).
Adik beradik Najib juga tidak pun memberi sebarang komen seperti
Lokman yang sanggup menghina Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia begitu teruk
sekali.
Jujur saya menanti juga kes Lim Guan Eng, Zahid Hamidi dan Syed
Sadiq… jika mereka jelas bersalah sila hukum mereka ke penjara. Tiada pilih
kasih atau kepartian dalam kedaulatan undang-undang negara. Yang salah tetap salah!