KENALI ANWAR IBRAHIM ( DSAI ) DGN KEPERIBADIAN & KETELITIAN
MELIBATKAN HARTA WANG RAKYAT
Ingin saya kongsikan secebis kenangan peribadi saya berada di
kalangan DSAI dan keluarganya.
Semasa beliau masih menjawat TPM sekitar tahun 1997. Pada masa
itu saya berkhidmat di sebuah resort di pusat peranginan tanah tinggi.
DSAI dan keluarga menginap selama beberapa hari atas urusan
tidak rasmi. Dalam bahasa mudah bercuti bersama keluarga.
Pihak pengurusan resort telah mendapat arahan dari pemilik
supaya memberikan perhidmatan yang terbaik memandangkan beliau adalah TPM dan
bakal PM. Segala perbelanjaan di tanggung sepenuhnya oleh pemilik. Dalam erti
kata lain ON THE HOUSE.
Saya telah di tugaskan sebagai BUTLER(khadam). Secara umumnya
tugasan butler bermula sebelum tetamu VIP bangun tidur dan selesai tugasnya
setelah tetamu masuk tidur. Untuk memastikan butler sentiasa tepat waktu, bilik
hotel juga di sediakan.
Memandangkan kami tiada maklumat khusus apa preference DSAI n
family..pada hari pertama pihak resort telah menyediakan jamuan makan malam
yang paling mewah secara tertutup. Sesampai nya DSAI n fmly utk dinner, beliau
amat terkejut dgn hidangan yang di sediakan dan berkata, this is too much..namun
masih makan makanan yg di sediakan, makanan yg tak habis DSAI arahkan supaya di
berikan kepada staff2 yg bertugas,sebelum bersurai beliau berkata..bermula dari
pagi esoknya, urusan makan minum adalah strictly apa yang dia mintak saja.
Pada dinner esoknya saya terkejut…
Hanya izzah dan ihsan boleh makan tanpa kongsi manakala adik2
nya sepinggan kongsi berdua….sangat sederhana. Apa yg mengagumkan saya adalah
pekerti anak2 DSAI sangat tinggi. Apa yang saya ceritskan ini berlaku within
four walls bknnya di tempat umum.
Here come the greatest part, dalam masa persediaan untuk check
out saya di panggil oleh azmin ali, DSAI mintak nk settle semua bill.
Mampus…mana ada bil sbb arahan pemilik adalah semuanya OTH. DSAI x happy dan
mintak utk bercakap dgn GM..GM datang dan menyampaikan arahan dari pemilik..dgn
tegas DSAI arahkan setiap perbelanjaan dia kena bayar sendiri. GM terpaksa
akur. Saya sendiri yang bawak amex gold DSAI ke front office utk settlekan
semua bill.
Seperkara lagi yang saya kagum adalah, pemilik resort beberapa
kali menyatakan hasrat utk berjumpa dgn DSAI semasa tempoh DSAI kat situ tapi
DSAI enggan.
Memandangkan resort itu agak popular bkn DSAI sahaja yg saya
serve…ramai lagi pembesar negara yang lain namun none of them yang berintegriti
mcm DSAI.
Sumber : Zariman Mustapa ( Bekas Pekerja Butler Resort
Peranginan Tanah Tinggi Tahun 1997 ) .